Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT028
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan perancangan bagi penurapan dan pembaikan jalan raya yang dibuat secara menyeluruh dan berperingkat termasuk usaha preventive yang bukan bersifat sementara.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Kerja-kerja membaikpulih dan menurap semula jalan-jalan dilaksanakan secara berperingkat meliputi semua jalan-jalan utama dengan mengikut keutamaan dan peruntukan yang diluluskan. Setakat ini 18 projek yang melibatkan kerja-kerja membaikpulih dan menurap semula jalan-jalan rosak dijalankan secara berjadual. Daripada 18 projek yang disusun, sejumlah 11 kontrak penggal telah siap di mana sepanjang 16.8 km jalan utama telah selesai dibaikpulih dan diturap semula, iaitu:
i. Lebuhraya Tungku dan Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien (3.5 km)
ii. Jalan Kebangsaan (0.670 km)
iii. Jalan Utama Mentiri (0.4 km)
iv. Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah (Airport Bound) (0.583 km)
v. Jalan Gadong (0.820 km)
vi. Lebuhraya Lumut-Belait (1.4 km)
vii. Jalan Jerudong (0.405 km)
viii. Kerja-Kerja Ad-Hoc bagi Jalan Protokol (2.77 km)
ix. Jalan Utama Berakas (1.252 km)
x. Jalan Jame' Asr (0.17 km)
xi. Jalan Tutong (1.1 km)
Sehingga kini, 11 kontrak telah siap melibatkan sepanjang 16.8 km jalan utama, manakala 3 kontrak sedang dalam pelaksanaan, 2 kontrak dalam proses penilaian tawaran, dan 2 kontrak dibatalkan serta ditawarkan semula yang mana akan mensasarkan pembaikan tambahan sepanjang 26.3 km jalan utama.
Penggunaan teknologi baru juga digunakan dalam kerja-kerja membaikpulih dan menurap semula dalam memastikan ketahanan jalan raya serta memanjangkan jangka hayat jalan tersebut:
i. Penggunaan Asphalt Fiber Reinforcement atau fibres dalam campuran aspal untuk meningkatkan ketahanan lapisan aspal daripada keretakan dan berombak.
ii. Kedua, Pemasangan Fiberglass Reinforcement Grid bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dasar struktur jalan raya untuk lebih tahan terhadap beban lalu lintas seterusnya mencegah jalan tidak rata, retak dan sebagainya.
iii. Polymer yang digunakan dalam campuran roadbase (atau batu) ini mampu untuk menghasilkan lapisan yang meningkatkan ketahanan terhadap air dan beban lalu lintas yang mana ini diharapkan dapat mengurangkan kerosakan seperti jalan berlubang, retak dan sebagainya.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.