Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT034
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan berkenaan peningkatan caj serah milik nombor pendaftaran kenderaan kepada ahli keluarga terdekat, yang difahamkan sebelum ini dikenakan hanya BND55, kini dinaikkan kepada BND1,200?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Mengenai dengan peningkatan caj serah milik nombor pendaftaran kenderaan kepada ahli keluarga terdekat seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tersebut, pada menerangkannya, sukacita dikongsikan terlebih dahulu dasar dan prosedur Serah Tanda Pengenalan Kenderaan yang mana adalah seperti berikut:
Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Satu (1) & Dua (2) Angka
Peraturan serah bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka:
i. TPK 1 dan 2 Angka dikategorikan sebagai Tanda Pengenalan Kenderaan eksklusif mengambil kira ianya mempunyai ciri-ciri:
- Nilai harga TPK yang lebih tinggi;
- Mempunyai populariti dan permintaan tinggi;
- Terdapat hada bilangan nombor untuk didaftarkan;
- Mempunyai nilai harga jualan semula dan dagangan yang tinggi.
Dalam hubungan ini, untuk mengekalkan sifat eksklusif dan berpadankan dengan nilai TPK tersebut, maka Peraturan Perkhidmatan Serah dan Tukar Milik bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka yang dimiliki melalui Tawaran Tertutup dan Tawaran Terbuka adalah dikemaskinikan.
GAMBAR 1 – Ciri-Ciri Penjelasan – Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Satu dan Dua Angka

- Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Satu (1) & Dua (2) Angka boleh diserahkan kepada sesiapa saja melalui Perkhidmatan Serah TPK dan Perkhidmatan Serah melalui Tukar Milik Kenderaan.
- Yuran Serah dikenakan sebanyak $1,000.00 dan Caj Perkhidmatan dikenakan sebanyak $100.00.
- Yuran dan caj yang telah diproses dan dibenarkan tidak akan dikembalikan.
Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Satu (1) & Dua (2) Angka yang dimiliki melalui Tawaran Tertutup dan Tawaran Terbuka, sama ada sudah atau belum didaftarkan, boleh diserahkan dengan syarat-syarat berikut:
- Permohonan Serah dibenarkan kepada sesiapa sahaja lebih daripada satu (1) kali melalui: a. Perkhidmatan Serah TPK; dan b. Perkhidmatan Serah melalui Tukar Milik Kenderaan.
- Permohonan Serah dikenakan yuran dan caj berikut: a. Yuran Serah sebanyak $1,000.00; dan b. Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00.
- Yuran dan caj bagi Permohonan Serah yang telah diproses dan dibenarkan tidak akan dikembalikan (non-refundable).
- Jika Pemilik TPK meninggal dunia, pemohon mestilah terlebih dahulu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir dan Surat Pengakuan (Statutory Declaration) daripada Mahkamah. a. Jika Serah kepada Waris yang diperakui oleh Mahkamah, hanya Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00 dikenakan (Yuran Serah dikecualikan). b. Jika Serah bukan kepada Waris, Pentadbir mestilah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan ahli waris yang diperakui oleh Mahkamah. Permohonan Serah akan dikenakan Yuran Serah sebanyak $1,000.00 dan Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00.
- Permohonan Serah bagi TPK Jubli Emas Satu (1) & Dua (2) Angka adalah mengikut persyaratan-persyaratan yang telah ditetapkan dan diserahkan hanya setelah surat makluman berjaya memenangi tawaran.
Tarikh Berkuatkuasa
Peraturan Perkhidmatan Serah dan Tukar Milik Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Satu (1) & Dua (2) Angka
Bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka yang dimiliki bermula Rabu, 27 November 2024:
Tarikh berkuatkuasa adalah mulai Rabu, 27 November 2024
Bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) Angka yang dimiliki sebelum Rabu, 27 November 2024:
Tarikh berkuatkuasa adalah mulai Rabu, 15 Januari 2025
GAMBAR 2 – Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK): Satu dan Dua Angka Yang Dimiliki Melalui Tawaran Tertutup dan Tawaran Terbuka



- Jika Pemilik TPK meninggal dunia, pemohon mestilah mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir dan Surat Pengakuan daripada Mahkamah.
- Jika Serah kepada waris yang diperakui oleh Mahkamah, Yuran Serah akan dikecualikan. Hanya caj perkhidmatan sebanyak $100.00 sahaja akan dikenakan.
- Jika Serah bukan kepada waris, Pentadbir mestilah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan ahli waris yang diperakui oleh Mahkamah. Yuran Serah sebanyak $1,000.00 dan Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00 akan dikenakan.
Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Tiga (3) dan Empat (4) Angka
GAMBAR 3 – Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK): Tiga (3) dan Empat (4) Angka



Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) Tiga (3) & Empat (4) Angka yang dimiliki melalui Tawaran Tertutup dan Tawaran Terbuka, sama ada sudah atau belum didaftarkan, boleh diserahkan dengan syarat-syarat berikut:
- Permohonan Serah dibenarkan kepada sesiapa sahaja kecuali lebih daripada satu (1) Kumpulan: a. Perkhidmatan Serah TPK; dan b. Perkhidmatan Serah melalui Tukar Milik Kenderaan
- Permohonan Serah yang dibenarkan akan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00.
- Caj Perkhidmatan bagi Permohonan Serah yang telah diproses dan dibenarkan tidak akan dikembalikan (non-refundable).
TPK yang dimiliki melalui Tawaran Tertutup (NomborKu: Click and Bid) untuk TPK 3 Angka dan TPK 4 Angka:
- Permohonan Serah selepas 12 bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan: permohonan Serah yang dibenarkan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00.
- Permohonan Serah kurang daripada 12 bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan: permohonan yang dibenarkan akan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00.
Caj Perkhidmatan tidak akan dikembalikan (non-refundable).
- Jika Pemilik TPK meninggal dunia, pemohon mestilah terlebih dahulu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir dan Surat Pengakuan (Statutory Declaration) daripada Mahkamah. a. Jika Serah kepada Waris yang diperakui oleh Mahkamah, hanya Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00 dikenakan. b. Jika Serah bukan kepada Waris, Pentadbir mestilah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada ahli Waris yang diperakui oleh Mahkamah. Permohonan Serah akan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00.
- Permohonan Serah bagi TPK Jubli Emas Tiga (3) & Empat (4) Angka adalah mengikut persyaratan-persyaratan yang telah ditetapkan dan digariskan dalam surat makluman berjaya memenangi tawaran.
Bagi TPK Tiga (3) dan Empat (4) Angka:
i. Permohonan Serah dibenarkan kepada sesiapa sahaja melalui Perkhidmatan Serah TPK dan Perkhidmatan Serah melalui Tukar Milik Kenderaan. ii. Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00 akan dikenakan dan tidak akan dikembalikan. iii. Bagi TPK yang dimiliki melalui Tawaran Tertutup (NomborKu), permohonan Serah boleh dihadapkan menggunakan borang yang dikhususkan:
- Permohonan Serah selepas 12 bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan, akan dikenakan Caj Perkhidmatan $5.00;
- Permohonan Serah kurang daripada 12 bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan, akan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00.
- Caj Perkhidmatan berkenaan tidak akan dikembalikan. iv. Jika Pemilik TPK meninggal dunia, pemohon mestilah mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir dan Surat Pengakuan daripada Mahkamah. v. Jika serah kepada Waris atau bukan Waris, hanya Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00 akan dikenakan.
Kesimpulan
Dalam hal ini, sepertimana yang dikongsikan kepada Yang Berhormat, bahawa Yuran Serah yang kenakan bagi TPK Satu (1) dan Dua (2) adalah sebanyak $1,000.00 dan Caj Perkhidmatan sebanyak $100.00.
Manakala bagi TPK Tiga (3) dan Empat (4) hanya akan dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak $5.00 sahaja.
Dalam hal ini jua, maklumat-maklumat berkenaan bolehlah merujuk kepada pihak JPD. Maklumat-maklumat berkenaan juga boleh mendapati melalui laman sesawang dan laman sosial IG JPD.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.