Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT049
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan apakah pendekatan khususnya mengguna pakai Feature Analysis Model terhadap program-program sedia ada dalam memantuni cabaran untuk memastikan graduan KUPU SB lebih marketable dalam pelbagai bidang pekerjaan, keusahawanan termasuk melahirkan technopreneur bagi memenuhi keperluan industri dan selari dengan transformasi highly skilled dalam teknologi digital?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Pendekatan-pendekatan yang dilaksanakan oleh KUPU SB bagi memastikan graduan KUPU SB lebih marketable dalam pelbagai bidang pekerjaan iaitu:
-
Menilai mutu kursus-kursus yang ditawarkan pada masa ini bagi memastikan ianya sesuai dengan keperluan sebenar pasaran kerja iaitu: i. Kursus wajib keusahawanan dalam Pendidikan Islam dan Kursus Teknologi Pendidikan; ii. Program Minor Keusahawanan dan Program Minor Inovasi dan Teknologi Pendidikan Islam
-
Merancang dan mereka bentuk kurikulum Minor dalam bidang keusahawanan yang lebih umum dan luas berbanding skop yang sedang ditawarkan pada masa ini. Begitu juga dengan Kursus Teknologi, ianya akan ditambah dengan Teknologi yang lebih mengarah kepada keusahawanan.
-
Merancang penawaran Program atau kursus berkaitan kepimpinan komuniti tambahan kepada atau menggantikan Program Minor dalam Dakwah dan Kepimpinan di samping mengekalkan niche KUPU SB dalam bidang perguruan ugama.
-
Membuat analisis keperluan (Needs Analysis) dalam bidang keusahawanan, teknologi dan kepimpinan komuniti merujuk kepada keperluan industri, komuniti dan sektor awam/swasta serta perbincangan bersama pakar bidang, alumni dan majikan.
-
Menjalankan kajian kebolehpasaran graduan KUPU SB dan tren pekerjaan.
-
Merangka Hasil Pembelajaran Program dari sudut pengetahuan, kefahaman, kemahiran praktikal/teknologi, pemikiran kritis dan inovasi serta tanggungjawab sosial yang juga diharap dapat menggambarkan kerjaya yang bersesuaian dengannya.
-
Menyelaras dengan Brunei Darussalam Qualification Framework (BDQF).
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.