Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL284
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah Kementerian akan menstruktur semula pengagihan tugas pentadbiran agar lebih terkawal seperti waktu mengajar, demi keseimbangan beban tugas guru? Ini mengambilkira dapatan Kaji Selidik Warga Pendidik bagi tahun 2024 yang menyatakan bahawa hampir 88% guru dan 76% pemimpin sekolah menghadapi beban tugas berlebihan, dengan campuran antara tugasan mengajar dan pentadbiran.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab pertanyaan lisan PL284 yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin atas soalan yang diajukan dan juga atas keprihatinan Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil berat dan memandang serius mengenai isu beban tugas guru kerana ia memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran para guru.
Bagi menangani isu ini, Kementerian melalui Jabatan Pengurusan Pendidik (JPP) sedang melaksanakan satu inisiatif yang dinamakan Ideal Number of Teachers (ringkasnya INoT). INoT merupakan proses pengemaskinian sumber tenaga pengajar secara komprehensif dan bersistematik dengan menilai kesesuaian dan keseimbangan bilangan guru berdasarkan keperluan sebenar sesebuah sekolah, termasuk pengagihan tugas akademik dan bukan akademik.
Dua komponen utama dalam inisiatif INoT ialah pengemaskinian indikator waktu mengajar dan penyelarasan tugasan pentadbiran tenaga pengajar yang mengambil kira bukan sahaja bilangan pelajar dan mata pelajaran yang diajar, tetapi juga pembahagian tugas akademik dan bukan akademik para guru.
Adalah diharapkan melalui usaha ini, isu beban tugas guru akan dapat diatasi, sekali gus membolehkan mereka menumpukan lebih banyak masa kepada tugasan utama mereka, iaitu mengajar. Insha-Allah, Kementerian akan terus memantau serta melaksanakan segala usaha yang perlu bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan para guru sentiasa terjaga dan terpelihara.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.