Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL262
SOALAN
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian Pendidikan kepada sekolah-sekolah yang sudah ditutup terutamanya di kawasan pendalaman? Adakah pihak kementerian berhasrat menyerahkan kepada agensi-agensi kerajaan atau NGOs supaya bangunan tersebut terpelihara daripada ianya dirosak atau dicuri oleh golongan yang tidak bertanggungjawab selain ianya terbiar begitu saja.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab pertanyaan lisan PL262 yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Kementerian Pendidikan telah menyediakan garis panduan tatacara penyerahan bangunan kosong yang tidak lagi digunakan. Berdasarkan garis panduan ini, tatacara penyerahan adalah seperti berikut:
- Mengadapkan Laporan Bangunan Kosong kepada Jawatankuasa Kerja Perancangan dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan;
- Menawarkan terlebih dahulu secara dalaman kepada jabatan atau institusi dalam Kementerian Pendidikan;
- Menawarkan kepada agensi-agensi luar Kementerian jika tidak ada keperluan dalaman;
- Sekiranya masih tiada pengambilalihan, bangunan tersebut akan dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal Menangani Bangunan-Bangunan Kerajaan untuk nasihat dan tindakan selanjutnya.
Tatacara ini dilaksanakan dengan penuh teliti bagi memastikan pengurusan aset Kerajaan dilakukan secara berhemah.
Sebagai contoh, SR Kenua telahpun diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pertahanan pada 13 Mac 2025 manakala Sekolah Rendah Piasau-Piasau telah dicantumkan dan bangunan sekolah telah digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Pengajian Islam sehingga kini.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.