Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL170

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 402 kata

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk membangunkan platform bagi pemasaran dan penjualan produk-produk belia, termasuk bimbingan pemasaran dan akses kepada pasaran luar negara?

YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN​

JAWAPAN:

  1. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Lau How Teck atas soalan mengenai apakah inisiatif kementerian ini untuk membangunkan platform bagi pemasaran dan penjualan produk-produk belia, termasuk bimbingan pemasaran dan akses kepada pasaran luar negara.

  2. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengiktiraf keusahawanan sebagai teras strategik dalam melahirkan belia yang berdikari dan berdaya saing, serta sebagai pemacu kemajuan sosio-ekonomi negara dan kepentingan keusahawanan turut didukung dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 iaitu melalui Strategi Teras Pendidikan, Kebolehambilan Kerja dan Pekerjaan Wajar yang menginginkan pembinaan persekitaran yang lebih kondusif kepada usahawan belia.

  3. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga telah mengambil langkah proaktif dalam menyediakan pelbagai platform yang kondusif termasuk ruangan fizikal dan program-program keusahawanan yang boleh digunakan bagi memasarkan dan menjual produk-produk belia tempatan, seperti:

    a. Program Youth Development Centre (YDC) Carnival; b. Program Youth Development Centre (YDC) Pop Up Market; c. Program Youth Development Centre (YDC) Street Sahur; d. Program In @Youth Hub; e. Jualan Kuih Muih Aidil Fitri; dan f. Inkubator Keusahawanan Belia.

  4. Lebih kurang 350 usahawan muda telah mengambil bahagian secara aktif dalam platform-platform keusahawanan yang disediakan, sebagai usaha memperkukuh keterlibatan belia dalam sektor ekonomi dan memperluas peluang pemasaran produk tempatan.

  5. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga telah bekerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti Darussalam Enterprise (DARe) dan Shell LiveWIRE Brunei yang bertujuan dalam memberikan pendedahan kepada belia dalam membangunkan idea perniagaan, memperkukuh kemahiran pemasaran dan memperluas jaringan perniagaan seperti:

    a. Program Youth Business Pitch; dan b. Program YDC Light’s On;

  6. Kementerian ini sentiasa komited dalam memperkasa golongan belia, khususnya dalam bidang keusahawanan. Namun, adalah diakui fokus KKBS adalah lebih kepada menyediakan latihan dan platform bagi para belia untuk memulakan perniagaan (start-up) seperti program inkubator yang saya kongsikan tadi. Dalam hal ini, berhubung dengan akses kepada pasaran luar negara, sukacita saya memohon bagi YB Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang bertanggungjawab terhadap Brunei Economic Development Board, Kementerian Kewangan dan Ekonomi sebagai sebuah agensi yang memainkan peranan penting dalam membuka akses pasaran luar negara bagi usahawan tempatan untuk memberikan penerangan tambahan mengenainya kemudian.

  7. Sekian sahaja yang dapat diulasakan, terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.