Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL278

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk menyusun semula pelaksanaan projek mega RKN12 kepada pakej lebih kecil bagi kelangsungan perniagaan tempatan? Di samping ini apa perancangan bagi mewajibkan kuota subkontrak, menggalakkan usahasama, dan melaksanakan pemantauan telus untuk memperkukuh penyertaan kontraktor tempatan secara sistematik dan mampan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

  • Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima Kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin yang telah mengajukan soalan mengenai projek-projek mega di bawah RKN 12 untuk disusun semula kepada pakej yang lebih kecil serta usaha dalam memperkukuhkan penyertaan kontraktor-kontraktor tempatan.

  • Bagi menjawab persoalan ini, sukacita dimaklumkan bahawa di dalam setiap tawaran memang diperuntukkan dalam jadual tawaran penyataan penglibatan sub-kontraktor-sub-kontraktor yang berdaftar. Lazimnya kontraktor utama bagi mega projek ada mengambil subkontraktor yang dimiliki oleh warga tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja khusus walaupun tidak ada kuota ditetapkan. Manakala bagi projek yang mungkin memerlukan penglibatan syarikat luar negara, syarikat berkenaan perlu ada usahasama (joint venture) dengan syarikat tempatan yang berdaftar dengan ABCi. Dalam perkara ini, Kementerian masih meneliti keperluan untuk mewajibkan pengambilan subkontrak kerana melihat kepada tahap kepakaran, ketersediaan jentera dan peralatan dan kapabiliti syarikat pembina tempatan dalam perlaksanaan projek mega.

  • Sepertimana lazimnya jua, usahasama di antara Kontraktor Utama dan sub-contractor bagi projek-projek di bawah RKN 12 masih menjadi amalan seperti contoh berikut:

  • Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Gadong Fasa 2, Pintu Malim dan Stesen-Stesen Pengepam Pembetungan dengan harga projek berjumlah $8,188,880.00 yang telah bermula perlaksanaannya pada 25 Februari 2025, mempunyai 5 penyertaan sub-kontraktor dari syarikat tempatan dengan skop kerja seperti berikut: a) Parm Sdn Bhd – Kerja-kerja Mekanikal, perpaipan dan sebahagian kerja-kerja sivil. b) PDN Sdn Bhd – Kerja-kerja elektrikal dan penanaman kabel. c) Progressive Impact Technology (B) Sdn Bhd – Sistem SCADA bagi kawalan jarak jauh dan pengumpulan data. d) Brutech Corp – Instrumentation. e) TBT Sdn Bhd – Kerja-kerja piling.

  • Projek Membina Stesen Pengepam Air Mentah Baharu Badas dan Memasang Paip Air Mentah dari Badas ke kawasan SPARK dengan jumlah kontrak $21,111,112.00 yang mempunyai 7 sub-kontraktor yang terdiri dari syarikat Pembina tempatan yang berdaftar dengan ABCi, dengan skop kerja seperti syarikat berikut: a) Energy Heavy Equipment Sendirian Berhad bagi kerja-kerja Piling. b) Kim Engineering Sdn Bhd bagi kerja-kerja Pipe Jacking. c) Bhaskar Sdn Bhd bagi Kerja-Kerja Struktur. d) Steel Max Asia Sdn Bhd bagi Kerja-Kerja Welding. e) GWS Engineering Sdn Bhd juga bagi Kerja-Kerja Welding. f) Elmech Engineering Sdn Bhd bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk pam. g) Adabena Sdn Bhd bagi Kerja-Kerja Elektrikal.

  • Secara keseluruhannya, Kementerian Pembangunan melalui amalan sedia ada terus menyokong penyertaan kontraktor tempatan melalui perlaksanaan sub-kontrak dan usahasama dalam projek-projek yang dilaksanakan. Walaupun tiada kuota khas yang ditetapkan pada masa ini, penyertaan aktif kontraktor tempatan sentiasa digalakkan dan dipantau demi memperkukuh ekosistem industri pembinaan negara.

  • Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sekian sahaja yang Kaola dapat sampaikan dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tersebut.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.