Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL179

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 430 kata

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan bagaimanakah situasi semasa ekonomi Negara Brunei Darussalam pada masa ini? Apakah langkah Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui economic diversification dan pelaburan asing, pada mana kejayaan dalam kedua-dua ini dijangka membawa impak yang besar kepada ekonomi negara.

YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua,

Menyentuh mengenai dengan keadaan semasa ekonomi Negara Brunei Darussalam, Kaola ingin meringkaskan perkembangan terkini khususnya yang berkaitan dengan tahap pencapaian keluaran dalam negeri kasar atau KDNK, kadar inflasi, pencapaian perdagangan di luar negara, serta dari segi pasaran tenaga negara.

Sepertimana yang Kaola pernah kongsikan sebelum ini, semasa sesi Majlis Mesyuarat Negara Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21, Tahun 2025, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada tahun 2024 mencatatkan pertumbuhan tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan, dengan kadar pertumbuhan yang dikemaskini kepada 4.1 peratus pada Jun 2025. Pada masa yang sama, kadar pengangguran negara mencatatkan pada tahap terendah sejak tahun 1991. Dari segi sumbangan kepada ekonomi:

  • Eksport bukan minyak dan gas telah melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport sejak tahun 2021, dibandingkan dengan 11 peratus pada tahun 2017.

  • Sumbangan sektor bukan minyak dan gas kepada KDNK turut melebihi 50 peratus sejak tahun 2022 dibandingkan dengan 31 peratus, pada tahun 2017.

Tren ini mencerminkan perkembangan positif ekonomi negara yang menuju ke arah struktur ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Namun begitu, perkembangan positif ini tidak semestinya berlaku setiap tahun memandangkan sektor minyak dan gas menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara dan juga ekonomi turut terdedah kepada cabaran dan ketidaktentuan luaran.

Persekitaran global pada masa ini yang dipengaruhi oleh peningkatan tarif, gangguan rantaian bekalan, kemajuan teknologi dan ketidaktentuan geopolitik, turut memberi kesan kepada strategi atau usaha yang telah dirancang bagi meningkatkan pertumbuhan pelaburan dan ekonomi.

Walaubagaimanapun, usaha negara untuk memperkukuh pelaburan langsung asing (FDI) akan terus diperkasakan dan dipertingkatkan lagi seperti tahun-tahun yang sebelum ini sebagai strategi untuk memperluas asas ekonomi serta menyokong penjanaan pekerjaan dan kepelbagaian sektor.

Setakat ini, usaha kemajuan dalam sektor-sektor utama sedang giat aktif dijalankan. Mengikut sukatan The Herfindahl-Hirschman Index (HHI), negara telah beralih daripada ekonomi yang bergantung kepada minyak dan gas kepada tahap kepelbagaian ekonomi yang sederhana. Ini merupakan sebahagian daripada transformasi struktur ekonomi yang sedang giat dilaksanakan. Namun, perubahan ini memang akan mengambil masa dan tidak semestinya menjamin pertumbuhan positif secara konsisten disebabkan oleh cabaran dan ketidaktentuan luaran sepertimana Kaola menyentuh tadi.

Sekian Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.