Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL217
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 217 kata
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF​
SOALAN:
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kesediaan negara bagi mempertimbangkan penubuhan Mahkamah Muamalat Khas atau memperkenalkan dual reference system antara undang-undang sivil dan syariah untuk memantapkan sistem kewangan Islam? Ini kerana kewangan Islam adalah dibawah bidang kuasa Islamic Banking Order (2008). Namun, jenis-jenis kontrak syariah seperti Musharakah, Ijarah dan Commodity Murabahah yang diamalkan dalam perbankan Islam, tidak diperincikan.
YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI​
JAWAPAN:
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
i. Kaola berterima kasih ke atas soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof yang membawa cadangan bernas dalam penambahbaikan sistem kewangan dan perundangan di Negara Brunei Darussalam.
ii. Cadangan Yang Berhormat Pehin diambil baik namun cadangan tersebut perlu diselidiki dan diteliti terlebih dahulu kesesuaiannya dengan terperinci dari kesemua aspek mengambilkira ia memerlukan penelitian ke atas perubahan sistem kewangan dan perundangan yang sedia ada yang juga melibatkan perubahan kepada sistem Mahkamah.
iii. Dalam hal ini, perlu juga diingati bahawa mengambilkira perkara ini melibatkan proses Mahkamah yang diluar daripada bidang kuasa Dewan ini maka cadangan berkenaan adalah diambil maklum.
Sekian saja yang dapat Kaola disampaikan. Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.