Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL223

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan pihak berautoriti dalam memastikan kontraktor mematuhi "Safe Working on Roads, Health, Safety and Environment Manual 2012"? Ini memandangkan terdapat kebimbangan keselamatan di zon kerja sementara (Temporary Work Zones) akibat ketidakpatuhan kontraktor terhadap langkah-langkah keselamatan yang mungkin mendatangkan risiko kemalangan dan kemudaratan di Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

  • Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai keberkesanan penguatkuasaan pihak berautoriti dalam memastikan kontraktor mematuhi "Safe Working on Roads, Health, Safety and Environment Manual 2012".

  • Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab bagi pengurusan dan pemeliharaan penggunaan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) secara amnya, dengan dibantu oleh agensi-agensi yang berkepentingan dari segi penguatkuasaan, sekuriti dan keselamatannya.

  • Penjagaan penggunaan Jambatan SHOAS secara berterusan adalah berpandukan kepada beberapa kaedah logistik termasuklah rondaan sepanjang jambatan, pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) terutama sekali dalam aspek pengurusan trafik.

  • Menyentuh mengenai pengurusan trafik, ianya dikategorikan kepada beberapa jenis bergantung dengan tahap gangguan terhadap aliran trafik iaitu:

    Penutupan Satu Lorong

    • Salah satu lorong sama ada lorong kiri (slow lane) atau kanan (fast lane) di hala yang sama ditutup daripada laluan kenderaan.
    • Melibatkan peralihan sementara aliran trafik daripada dua lorong ke satu lorong di hala yang sama.

    Laluan Kontra (Contra Flow)

    • Arah laluan sehala dijadikan laluan dua hala.
    • Melibatkan peralihan sementara aliran trafik di laluan yang bertentangan arah apabila laluan di arah yang lain ditutup.

    Lencongan Jalan

    • Penutupan satu atau kedua-dua lorong di hala yang sama.
    • Melibatkan peralihan sementara aliran trafik apabila laluan ditutup satu hala atau keseluruhan daripada digunakan oleh semua kenderaan.
  • Oleh itu setiap kontraktor yang akan mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan aset Jambatan SHOAS dan juga aset agensi-agensi lain hendaklah memohon kebenaran untuk bekerja di atas jambatan melalui permohonan permit-to-work (PTW) daripada Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR). Dalam PTW, pihak kontraktor perlu menyatakan tujuan, tempoh dan lokasi kerja-kerja berkaitan untuk mengenalpasti kawasan kerja sementara (Temporary Work Zone). Setelah kebenaran PTW diberikan, Jabatan Jalan Raya lazimnya akan berhubung dengan pihak kontraktor untuk menghadiri taklimat ringkas mengenai pengurusan trafik sebelum memulai kerja-kerja fizikal di atas jambatan. Mereka juga dikehendaki menyediakan maklumat seperti berikut:

    • Penyataan kaedah kerja atau Method statement untuk mengetahui pelan kerja yang akan dilaksanakan
    • Pelan jadual kerja
    • Pelan susun atur di kawasan kerja sementara termasuk penempatan peralatan, bahan binaan, elektrik, fasiliti seperti tempat rehat dan sebagainya
    • Pengurusan trafik dalam kawasan kerja sementara jika ianya memerlukan kenderaan berat yang akan keluar dan masuk di kawasan berkenaan
    • Senarai semua pekerja yang terlibat dalam mengendalikan kerja-kerja tersebut
    • Senarai pekerja yang dilantik sebagai orang yang mudah dihubungi
    • Senarai kenderaan termasuk kenderaan berat
    • Menubuhkan kumpulan kerja dalam WhatsApp untuk kemudahan berkomunikasi
  • Dalam memastikan pengurusan trafik di Jambatan SHOAS dilaksanakan dengan jayanya, Jabatan Jalan Raya juga mempunyai kontraktor yang dilantik melalui kontrak penggal untuk mengendalikan operasi dan pengurusan keselamatan trafik seperti pemasangan dan penyusunan kon-kon jalan, dan papan tanda keselamatan bagi mengingatkan pengguna untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dan berhati-hati apabila melalui kawasan kerja sementara.

  • Dalam pemantauan dan penguatkuasaan pihak Autoriti Jambatan sejauh ini, mendapati pihak kontraktor telah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya seperti yang dinyatakan dalam Manual 2012. Mengikut laporan insiden kemalangan melalui CCTV, setakat ini dari tahun 2020, sebanyak 28 kes direkodkan yang menunjukkan pelanggaran kepada langkah keselamatan (kon-kon dan lampu tanda jalan) adalah diakibatkan oleh kecuaian pengguna jalan raya.

  • Selain ini, faktor cuaca seperti hujan berangin juga secara tiba-tiba menyebabkan kon-kon jalan tersasar, lampu amaran tumbang yang boleh membahayakan pengguna-pengguna jambatan.

  • Sebagai langkah tambahan penambahbaikan keselamatan, Autoriti Jambatan Brunei telah melaksanakan dua (2) pemeriksaan bersama Road Safety and Enforcement Unit (RSE), Jabatan Jalan Raya dan sebarang ketidakpatuhan atau dapatan terhadap kontraktor telahpun diberi teguran.

  • Di sini pihak pengguna jalan raya khasnya Jambatan SHOAS adalah diperingatkan lagi untuk senantiasa berhati-hati dan lebih peka dengan tanda-tanda amaran dan keselamatan yang ditempatkan di jalan raya terutama sekali pada waktu malam dan cuaca hujan.

  • Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sekian sahaja jawapan yang Kaola dapat sampaikan dalam menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md Yusof.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.