Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL149

Rumusan Bacaan

πŸ“– Masa membaca: 4 minit
πŸ“Š Bilangan kata: 609 kata

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah pendekatan Kementerian dalam memperkukuh keyakinan terhadap pasaran serta perkhidmatan tempatan agar ekonomi domestik kekal berdaya saing dan tidak terus mengalami kebocoran nilai ke luar dengan melihat kepada tren sebahagian rakyat yang cenderung berbelanja dan mendapatkan perkhidmatan di luar negara, termasuk perubatan.

YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed atas pertanyaan berhubung tren kecenderungan rakyat berbelanja di luar negara. Dalam menjawab soalan ini, izinkan kaola mengongsikan bahawa Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan ekonomi domestik agar kekal berdaya saing.

Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kementerian ini ialah melalui pelaksanaan aktiviti jualan promosi seperti Brunei Salebration, yang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES). Inisiatif ini bertujuan untuk merangsang perbelanjaan pengguna dalam negara serta menggalakkan sokongan terhadap perniagaan tempatan.

Selain itu, para peniaga adalah juga disarankan dan digalakkan untuk meneroka peluang-peluang bagi membantu meningkatkan lagi tahap perbelanjaan di dalam negara, iaitu melalui penyertaan mereka di dalam aktiviti-aktiviti jualan promosi atau kempen-kempen mengikut tema, seperti Hari Belia, Ocean Week dan sebagainya, atau dengan mengadakan kempen media yang lebih meluas bagi menarik perhatian orang ramai untuk lebih berbelanja di dalam negeri.

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) juga giat memperkasa keupayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) agar mampu menyediakan produk dan perkhidmatan yang berdaya saing. Ini termasuk dengan memberi sokongan pembangunan produk, pensijilan, pemasaran, dan akses pasaran untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk-produk jenama tempatan. BEDB turut menggalakkan kerjasama strategik antara perusahaan tempatan untuk meningkatkan skala pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran melalui economies of scale.

Selain itu, BEDB juga melaksanakan inisiatif seperti Bruneian Made dan Proudly Business Awards untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan pembeli terhadap kualiti produk tempatan. Kerjasama dengan pasar raya tempatan juga dipertingkat untuk menambahbaik akses pasaran produk tempatan, sementara pelaksanaan Standard Consultancy Programme pula dapat membantu MSME memperoleh pensijilan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing global.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta BEDB juga terus komited dalam mewujudkan ekosistem perniagaan yang mesra dan responsif. Antaranya ini termasuk seperti melalui penyediaan platform strategik seperti BEDB Business Helpdesk dan dengan mengadakan sesi-sesi dialog bersama pihak berkepentingan di sektor awam dan swasta untuk mengenalpasti cabaran perniagaan yang dihadapi serta usaha penambahbaikan dasar pro-business yang diperlukan.

Manakala, berhubung soalan mengenai perkhidmatan perubatan atau kesihatan tempatan, iaitu Jerudong Park Medical Centre (JPMC), yang merupakan penyedia penjagaan kesihatan swasta utama di negara ini, sentiasa komited dalam menawarkan perkhidmatan bertaraf antarabangsa bagi mengurangkan kebergantungan rakyat kepada perkhidmatan rawatan di luar negara. JPMC juga ada menyediakan rawatan menyeluruh dalam pelbagai bidang seperti neurology, onkologi dan yang terbaru iaitu program pemindahan organ (transplant), dengan sokongan fasiliti yang moden dan kepakaran tempatan serta antarabangsa. JPMC juga memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti telekonsultasi, pakej saringan (screening) kesihatan, dan kerjasama insurans untuk meningkatkan akses dan kepercayaan terhadap sistem kesihatan tempatan. Inisiatif ini bukan sahaja diharapkan untuk meningkatkan keyakinan pesakit, tetapi turut akan menyokong pertumbuhan ekonomi domestik dengan mengekalkan perbelanjaan di dalam negara.

Selain daripada perkhidmatan perubatan, terdapat juga beberapa usaha-usaha lain yang telah dijalankan sebagai langkah strategik ke arah inisiatif penggantian import (import substitution). Antara usaha yang diambil ialah seperti melalui penghasilan beras tempatan melalui Syarikat Wasan Miling Company Sdn Bhd (WMC), yang mana ada dijual di pasaran tempatan sebagai alternatif kepada beras yang sedia ada di pasaran. Selain itu, PDS Abattoir Sdn Bhd (PDS) juga telah memperkenalkan sebuah produk yang dinamakan β€˜EnW’ yang memfokuskan kepada jualan produk yang telah diproses dan dihargakan secara ekonomi untuk memenuhi keperluan orang ramai.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.