Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL227
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 347 kata
YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan jangka pendek dan panjang Kementerian Pendidikan untuk menangani sekolah yang mengalami penurunan jumlah murid? Adakah Kementerian mempertimbangkan penyatuan sekolah, pengoptimuman sumber, atau penempatan semula murid secara terancang, bagi memastikan mutu pendidikan terpelihara dan tiada yang tercicir?
MENTERI PENDIDIKAN​
JAWAPAN:
Bismillahhirahmanirrahim Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu koala ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk koala menjawab pertanyaan lisan PL227 yang diajukan oleh Awang Lawi bin Haji Lamat mengenai perancangan Kementerian Pendidikan untuk menangani sekolah yang mengalami penurunan jumlah murid.
Bagi sekolah yang mempunyai tren penurunan pelajar, Kementerian Pendidikan akan terlebih dahulu membuat penilaian dari segi impak pembelajaran pelajar dan keberkesanan kos. Jumlah pelajar yang ramai dapat merangsang perkembangan kognitif dan kemahiran pelajar. Justeru, Kementerian Pendidikan akan sentiasa memantau keramaian pelajar di sekolah-sekolah khususnya di dalam bilik darjah.
Sejak tahun 2007, beberapa sekolah rendah bersaiz kecil telah dapat dicantumkan/disatukan. Antaranya:
Pencantuman SR Rampayoh dan SR Labi pada tahun 2007;
Pencantuman SR Kenua dan SR Rataie pada tahun 2014;
Pencantuman SR Piasau-Piasau dan SR Labu Estet Temburong pada tahun 2015;
Pencantuman SR Sungai Kebun, SR Datu Ahmad dan SR PAP Besar Sg Kebun pada tahun 2017;
Pencantuman SR OKPB Bukit Sawat dan SR Merangking pada tahun 2021;
SR Pehin Dato Jamil juga telah berpindah ke SR PAP Besar Sg Kebun disebabkan oleh isu infrastruktur; dan
Pada tahun ini, penutupan sementara SR Melilas dan SR Dato Maharaja Setia Dian Sukang.
Pelaksanaan inisiatif ini akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran sosial dan perkembangan holistik pelajar melalui persekitaran sekolah yang lebih kondusif dengan jumlah pelajar yang lebih ramai. Di samping itu, inisiatif ini juga dapat mengoptimumkan penggunaan sumber, termasuk sumber tenaga manusia (guru dan kakitangan), serta menyokong program pengukuhan fiskal negara.
Insha Allah, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan kajian secara berterusan bagi memastikan Penstrukturan Sekolah-Sekolah Rendah Bersaiz Kecil dapat diteruskan dengan melibatkan pihak-pihak berkepentingan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.