Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL282
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan sejauh manakah Program Konsolidasi Fiskal mengaudit aset kerajaan seperti rumah sewa dan harta benda yang diurus oleh pelbagai kementerian? Adakah Kementerian mempunyai pelan inventori yang menyeluruh untuk mengenalpasti jika terdapat pertindihan dan potensi penjimatan? Bilakah laporan penilaian akan dikongsikan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Kaola ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin atas pertanyaan berhubung sejauh mana Program Konsolidasi Fiskal mengaudit aset kerajaan seperti rumah sewa dan harta benda yang diurus oleh pelbagai kementerian.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, berkaitan aset-aset Kerajaan Negara Brunei Darussalam khususnya bangunan-bangunan Kerajaan pernah dikongsikan dalam sesi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua ke Tujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara tahun 2021 oleh mantan Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Kaola ingin menambah lagi bahawa perkara ini adalah di bawah pemantauan Kementerian Pembangunan iaitu melalui Jabatan Perkhidmatan Bangunan di bawah Jabatan Kerja Raya yang mana satu centralized unit juga telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan yang mana berperanan untuk memantau dan menguruskan bangunan-bangunan Kerajaan yang kosong dan terbiar.
Sehubungan dengan itu jua, Kementerian Pembangunan telah disediakan peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12, bagi pelaksanaan Sistem Aset dan Infrastruktur Kerajaan atau Government Assets and Infrastructure System (GAIS), iaitu dengan Harga Rancangan $5.8 juta, yang mana pada masa ini, projek berkenaan masih dalam peringkat rekabentuk.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat seterusnya jua, di bawah Fiscal Consolidation Programme (FCP), Kementerian-Kementerian adalah digalakkan untuk menilai semula perbelanjaan masing-masing termasuk yang masih dalam perancangan. Ini juga termasuk sekiranya terdapat keperluan untuk membina bangunan baharu, pihak Kementerian berkenaan adalah dinasihatkan untuk membuat perundingan dan perbincangan bersama pihak Kementerian Pembangunan, jika terdapat kesesuaian untuk diberikan bangunan-bangunan yang sedia ada dan kosong untuk digunakan semula.
Selain itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jawatankuasa Khas Pengkorporatan dan Kerjasama Awam Swasta (JK-P-KAS) juga pada masa ini sedang giat meneliti dan mengumpul senarai projek-projek Public-Private Partnership atau PPP dan pengkorporatan yang berpotensi menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan kerajaan, khususnya dalam aspek pembelian aset dan pembangunan infrastruktur negara.
Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.