Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL157

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 272 kata

YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah sumbangan Persatuan Ibu Bapa Guru dapat menyumbang kepada kemajuan pendidikan sekolah? Memandangkan syarat keahlian PIBG iaitu mesti anak bersekolah di sekolah berkenaan, bolehkah ini diubah bagi memudahkan pihak sekolah melantik ahli PIBG khususnya bagi jawatan pengerusi dan setiausaha?

YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN​

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab pertanyaan lisan PL157 yang diajukan oleh Awang Amran bin Haji Maidin mengenai syarat keahlian Persatuan Ibu Bapa Guru dan sejauh manakah sumbangan Persatuan Ibu Bapa Guru dapat menyumbang kepada kemajuan pendidikan sekolah.

Berhubung pelantikan keahlian, Akta Pendidikan Penggal 210, Peraturan 3(2) memperuntukkan bahawa keahlian Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) terdiri daripada kalangan ibu bapa atau penjaga kepada murid serta guru di sekolah berkenaan. Walau bagaimanapun, peraturan yang berkuatkuasa turut membenarkan pelantikan sehingga dua (2) individu bukan ahli ke dalam jawatankuasa PIBG, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Pendaftar sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 5(4) hingga 5(6), selagi pelantikan tersebut selaras dengan matlamat dan tujuan penubuhan PIBG.

Dari segi sumbangan, PIBG memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong kemajuan pendidikan di peringkat sekolah. Antara sumbangan utama PIBG termasuklah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang, menganjur dan melaksana program-program akademik, kemasyarakatan, keagamaan, aktiviti riadah dan sukan. Selain itu, PIBG juga turut melaksanakan program-program kebajikan serta terlibat dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan pihak sekolah.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.