Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL176
📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 408 kata
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk memulihara semula kawasan-kawasan tumpuan awam lama seperti taman permainan, tempat riadah dan bangunan pasar awam, agar kekal relevan dengan gaya hidup masa kini serta mesra keluarga?
YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN​
JAWAPAN:
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Lau How Teck atas soalan yang telah dikemukakan.
Menjawap persoalan Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) melaksanakan penyelenggaraan berterusan dalam memastikan taman-taman rekreasi kekal terpelihara, selamat dan mesra pengguna untuk tujuan riadah dan istirehat keluarga selaras dengan keperluan gaya hidup sihat.
Penyelenggaraan kemudahan ini secara berterusan dilaksanakan di kesemua 18 taman rekreasi yang berada dibawah seliaan dan tanggungjawab pentadbiran JASTRe. Penyelenggaraan ini dilaksanakan melalui kontrak-kontrak penyelenggaraan secara berjadual bagi 18 taman rekreasi seperti berikut:
Lapan (8) Taman di Daerah Brunei – Muara, iaitu:
Taman Rekreasi Pantai Muara berkeluasan 42 hektar;
Taman Rekreasi Tanjong Batu berkeluasan 5.5 hektar;
Taman Mahkota Jubli Emas berkeluasan 9.7 hektar;
Taman Riadah berkeluasan 29 hektar;
Taman Rekreasi Pantai Serasa seluas 23.7 hektar;
Taman Rekreasi Persiaran Damuan seluas 5.5 hektar;
Taman Rekreasi Mini Perayaan Kampung Parit seluas 35.3 hektar; dan
Taman Rekreasi Menteri Besar seluas 21 hektar
Tiga (3) Taman di Daerah Tutong, iaitu:
Taman Rekreasi Pantai Pengkalan Pinang seluas 3 hektar;
Taman Rekreasi Pantai Seri Kenangan dengan keluasan 4.2 hektar;
Taman Rekreasi Sungai Basong seluas 60.8 hektar.
Empat (4) Taman di Daerah Belait, iaitu:
Taman Rekreasi Jubli Anduk seluas 62.5 hektar;
Taman Rekreasi Pantai Lumut seluas 3.6 hektar;
Taman Rekreasi Sungai Mau seluas 4.2 hektar; dan
Taman Rekreasi Wasai Kadir seluas 17.1 hektar
Tiga (3) Taman di Daerah Temburong, iaitu:
Taman Rekreasi Batang Duri seluas 27.9 hektar;
Taman Rekreasi Muhibbah seluas 0.9 hektar; dan
Taman Persiaran Temburong seluas 0.7 hektar
Insya Allah Kementerian Pembangunan kekal komited untuk memperkasa fungsi taman-taman ini sebagai ruang riadah yang inklusif, kondusif dan berdaya tahan melalui penyelenggaraan berjadual yang menyeluruh serta inisiatif penambahbaikan berterusan.
Usaha ini bertujuan bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup penduduk di negara ini, tetapi juga memastikan kelestarian alam terpelihara bagi generasi kini dan akan datang.
Manakala, pasar awam bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian ini.
Sekian sahaja Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang Kaola dapat sampaikan dalam menjawab persoalan Yang Berhormat Awang Lau How Teck tersebut.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.