Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL200
📖 Masa membaca: 3 minit
📊 Bilangan kata: 426 kata
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk menjadikan RPN Lugu sebagai New Satellite Town yang akan menghubungkan semua fasa pembinaan yang ada dengan kemudahan infrastruktur yang diungkayahkan oleh penduduk tempatan komuniti tersebut untuk membina komuniti aktif, sihat, inklusif dan saling berhubung?
YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN​
JAWAPAN:
Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima Kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty mengenai dengan cadangan untuk menjadikan Rancangan Perumahan Negara Lugu sebagai New Satellite Town.
Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengambil pendekatan bagi merancang dan menyediakan tapak-tapak khusus bagi memastikan kawasan penempatan yang inklusif dilengkapi dengan kemudahan awam dalam kawasan perumahan Negara.
Sebagai contoh di Perumahan Negara Kampong Rimba, pelbagai Kemudahan Awam telah disediakan termasuk:
Masjid yang terletak di Jalan 2 yang masih lagi dalam pembinaan;
Sekolah Menengah Rimba 1 & Sekolah Ugama di Jalan 2;
Sekolah Menengah Rimba 2 di Simpang 39, Jalan Bukit Mahkota;
Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Jalan 2;
Sekolah Rendah dan Ugama Rimba di Jalan 82;
Sekolah Rendah Ugama Rimba 2 di Jalan 3;
Sekolah Rendah dan Ugama Rimba 3 di Jalan 99;
Tapak Komersial (Rimba Point) di Jalan 2;
Pejabat Pos di Jalan 2;
Balai Bomba di Jalan 2;
Taman Rekreasi di Jalan 2; dan
Gerai di Jalan 2
Sementara itu, merujuk kepada Pelan Induk kawasan Perumahan Negara Kg. Lugu, sejumlah tapak-tapak tanah telah diperuntukkan untuk penyediaan kemudahan awam di lokasi berikut khususnya:
Tapak Masjid di Jalan Lasuk;
Tapak Sekolah Rendah dan Sekolah Ugama di Jalan Lasuk;
Tapak Komersial di Jalan Lasuk;
Tapak Pusat Kesihatan di Jalan Lasuk;
Tapak Dewan Komuniti di Jalan Lasuk;
Tapak Balai Bomba di Jalan Lugu;
Tapak Balai Polis di Jalan Lugu;
Tapak Taman Rekreasi di Simpang 8-3-12, Jalan Ambin;
Tapak Pusat Kemasyarakatan di Simpang 8-3-12, Jalan Ambin; dan
Tapak Gerai di Simpang 8-3-12, Jalan Ambin
Perancangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memastikan penyediaan kemudahan awam yang lengkap selaras keperluan yang seimbang di kawasan perumahan.
Perlu dijelaskan jua, perancangan-perancangan yang disebutkan tadi, InshaAllah dibuat secara berfasa-fasa selaras dengan perancangan dan peruntukan yang disediakan nanti.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sekian sahaja yang Kaola dapat sampaikan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty tersebut. Sekian Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.