Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL218
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah pendekatan yang diimplementasikan bagi membantu dan mengembangkan perniagaan yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan? Adakah juga terdapat success stories yang boleh dikongsikan yang berpunca daripada sumbangan bank yang signifikan ke atas perkembangan sektor MSMEs negara? Memandangkan kalangan peniaga-peniaga MSMEs; khususnya, start-up business golongan belia-belia, sukar untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Usahawan.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Kaola ingin mengucapkan terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Dalam memastikan perusahaan-perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) di negara ini dapat terus berkembang maju, pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) ada juga menyediakan sokongan pembiayaan melalui inisiatif-inisiatif seperti co-matching scheme, dan juga dari segi Bank Financing Facilitation, di mana BEDB membantu dalam memperkemas permohonan pembiayaan kewangan, di samping memudahcara perbincangan antara pemohon dan institusi kewangan yang terlibat.
Hasil daripada skim-skim tersebut, pihak BEDB telahpun dapat melihat beberapa syarikat yang telah dapat mencatatkan pencapaian peningkatan baik, antara lain yang terlibat dalam kluster makanan. Contohnya satu syarikat yang telah menerima skim co-matching tersebut telahpun berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak 429% dari tahun 2020 hingga 2025 dan telah dapat membuka cawangan yang baharu dan juga mengekspor produk mereka ke Republik Singapura dan Republik Filipina. Syarikat tersebut juga telah berjaya memenangi Anugerah Proudly Brunei Business Awards (PBBA) yang dikelolakan oleh BEDB pada tahun 2024. Ada juga satu contoh syarikat yang berkecimpung dalam sektor akuakultur yang telah berjaya mengembangkan operasi mereka sehingga mengendalikan sebanyak 350 sangkar laut pada tahun 2024, iaitu setelah menerima geran daripada skim co-matching di tahun 2023. Ini telah dapat menunjukkan adanya kesan yang positif daripada bantuan yang diberikan BEDB kepada pembangunan MSME di negara kita.
Di samping itu, pihak BEDB juga memberikan bimbingan perniagaan melalui latihan literasi kewangan seperti Financial Practice for MSMEs, Financial Education for Entrepreneurs, Financial Statement Analysis and Financial Bookkeeping. Sejak tahun 2016, lebih daripada 200 sesi telah dijalankan bagi memperkukuhkan tahap literasi kewangan dalam kalangan perniagaan tempatan di Brunei Darussalam.
Pihak BEDB turut bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan tempatan dalam memperkukuhkan dan memperluaskan lagi saluran pembiayaan yang inklusif.
Selain daripada penyediaan produk pembiayaan, Bank Usahawan juga aktif dalam menyokong pembangunan kapasiti para usahawan melalui pemberian khidmat nasihat seperti melalui Latihan Literasi Kewangan, Latihan Perakaunan dan Kemahiran Perniagaan, serta juga bekerjasama rapat dengan institusi-institusi Pendidikan di negara ini seperti UNISSA, IBTE dan Politeknik Brunei dan juga pihak-pihak berkepentingan seperti BEDB. Ini akan dapat membantu memastikan bahawa semua MSME tanpa mengira latar belakang akan dapat mempunyai akses yang adil kepada pembiayaan dan peluang pertumbuhan.
Selain itu, institusi-institusi lain seperti Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) juga memainkan peranan yang penting, khususnya jua dari segi penyediaan infrastruktur kewangan yang kondusif untuk memudahkan lagi akses pembiayaan untuk MSME. Antaralainnya, Sistem Biro Kredit (2012), Pendaftaran Cagaran (2016), dan Skor Kredit (2018) telah diperkenalkan bagi menyokong akses pembiayaan, khususnya kepada MSME, melalui penilaian kredit yang lebih objektif, penggunaan cagaran harta alih, serta peningkatan keyakinan institusi kewangan terhadap profil kredit peminjam.
Akhir sekali, satu institusi yang memainkan peranan yang penting dalam ekosistem pembiayaan kepada MSME adalah Bank Usahawan, perkara ini sudahpun dijelaskan secara perinci oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Usahawan Berhad semasa sesi Pertanyaan Lisan PL241 pada 7hb., Ogos, 2025.
Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.