Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL196
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian Pendidikan mengenai Pendidikan Asas Pertolongan Cemas sebagai komponen wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah? Memandangkan keupayaan bertindak balas dalam situasi kecemasan adalah kemahiran asas yang kritikal, pendekatan ini dapat memperkasa generasi muda Brunei dengan pengetahuan menyelamat, serta meningkatkan tahap kesedaran, kesiapsiagaan dan responsif terhadap kecemasan dalam komuniti dan persekitaran seharian.
JAWAPAN
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab pertanyaan lisan PL196 yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam.
Di peringkat sekolah rendah dan menengah, komponen asas pertolongan cemas (first aid) sudah diterapkan melalui Topik Pengetahuan Asas Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, yang merupakan mata pelajaran umum yang dipelajari oleh semua pelajar, seperti berikut:
i. Tahun 6 - Memfokuskan kepada kesejahteraan diri dan keselamatan, termasuk pertolongan cemas;
ii. Tahun 7 - Pengenalan asas pertolongan cemas, prosedur dan tatacara umum dalam menangani insiden seperti kecederaan ringan dan kemalangan kecil di persekitaran sekolah;
iii. Tahun 8 - Pendedahan kepada prosedur Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sebagai satu kemahiran penting dalam situasi kritikal yang memerlukan tindakan segera;
iv. Tahun 9, 10 dan 11 - Memfokus kepada kaedah rawatan kecederaan ringan serta cara-cara mengatasi dan mencegah kecederaan semasa menjalankan aktiviti fizikal dan sukan.
Selain itu, pelajar yang menyertai Pasukan Beruniform seperti Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah, Pasukan Pengakap dan Pandu Puteri juga didedahkan kepada kemahiran asas pertolongan cemas.
Beberapa program dan kursus pertolongan cemas juga dilaksanakan secara berterusan merangkumi teknik CPR, rawatan luka, pengurusan pendarahan dan pengendalian kecederaan ringan hingga sederhana melalui latihan praktikal.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.