Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL205

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana Kementerian melaksanakan program apprenticeship luar negara bagi IBTE dan Politeknik berkonsepkan Discovery Year Universiti Brunei Darussalam untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar institusi tersebut membina kemahiran industri secara langsung, memperluas pemikiran global, dan menjalin jaringan profesional antarabangsa untuk memperkukuhkan kebolehpasaran graduan TVET dan menyokong agenda tenaga kerja berkemahiran tinggi?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab pertanyaan lisan PL205 yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Institusi Pengajian Tinggi Awam di bawah kawalan Kementerian Pendidikan menyertai secara aktif dalam program mobiliti pelajar, yang meliputi program pertukaran pelajar, belajar di luar negeri, peluang penyelidikan, dan penempatan kerja ataupun internship. Program mobiliti pelajar menawarkan peluang untuk meluaskan rangkaian, memperolehi pengalaman antarabangsa, memperkukuhkan kemahiran bahasa, meningkatkan kecekapan antara budaya dan berpotensi untuk meningkatkan prospek kerjaya pelajar.

Alhamdulillah, selain dari UBD, UNISSA dan UTB, institusi TVET awam iaitu Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) juga tidak ketinggalan dalam melibatkan pelajarnya melalui program mobiliti seperti penempatan kerja ataupun internship di luar negeri:

  1. PB telah mengenalkan International Internship Programme (IIP) bermula bulan Julai tahun ini, di mana pelajar-pelajar PB dalam bidang Perniagaan, ICT dan Kejuruteraan telah mengikuti work placement di pelbagai industri di Malaysia selama 5 bulan yang bertujuan untuk menyediakan pelajar pendedahan global dan meningkatkan daya saing mereka di peringkat serantau.
  2. IBTE memperkenalkan Program Mobiliti IBTE mulai awal tahun 2025 yang memberi peluang kepada pelajar untuk melawat dan belajar di luar negara bagi tempoh tertentu, seperti kolaborasi dengan Institute of Technical Education (ITE), Singapura, yang membolehkan pelajar HNTeC dalam Kejuruteraan Pesawat dan Kejuruteraan Elektrik menjalani program lawatan belajar di ITE. IBTE juga terlibat dalam program antarabangsa tajaan penganjur, seperti Brunei Cybersecurity Association (BCSA) Overseas Learning Journey di Kuala Lumpur, Malaysia, dan The ASEAN TVET Friendly Match 2025 di Melaka dan Kuala Lumpur.

Institutusi TVET akan terus giat meluaskan rangkaian kerjasama dengan institusi dan industri luar negeri untuk mengembangkan lagi laluan dan peluang kepada lebih ramai pelajarnya untuk mengikuti program mobiliti yang bertujuan memperkukuh kebolehpasaran graduan TVET dan menyokong agenda tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan menyediakan pendedahan industri dan global yang relevan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.