Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL167
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 323 kata
YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan Akta Pendidikan Wajib dan tindakan yang diambil sekiranya ada ibubapa atau penjaga yang telah diambil tindakan kerana tidak menghantar anak-anak mereka bersekolah?
MENTERI PENDIDIKAN​
JAWAPAN:
Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab pertanyaan lisan PL167 yang diajukan oleh Awang Haji Daud bin Jihan mengenai sejauh manakah keberkesanan Akta Pendidikan Wajib dan tindakan yang diambil sekiranya ada ibubapa atau penjaga yang telah diambil tindakan kerana tidak menghantar anak-anak mereka bersekolah.
Alhamdulillah, data kehadiran pelajar bagi tahun 2023 dan 2024 telah menunjukkan tren yang positif dengan purata kehadiran melebihi 85%. Pada tahun 2023, kadar purata kehadiran adalah sebanyak 86%, dan telah meningkat kepada 88% pada tahun 2024.
Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan secara berterusan akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan para pelajar terus hadir ke sekolah. Antara usaha yang dilaksanakan termasuklah sesi pemberigaan dan jerayawara mengenai Akta Pendidikan Wajib, pemantauan kehadiran melalui Sistem Pengurusan Kehadiran Pelajar (Student Attendance Management System – SAMS), program bimbingan dan kaunseling.
Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai cabaran kehadiran, Kementerian Pendidikan menyediakan sistem sokongan melalui penempatan pelajar dalam program Ri'ayah Wa Mahabbah. Program ini melibatkan seramai 66 pelajar dari sekolah rendah dan menengah. Daripada jumlah ini, 44 adalah pelajar lelaki dan 22 adalah pelajar perempuan. Program ini disokong oleh 8 orang pegawai asrama, di mana 4 bertugas sepenuh masa dan 4 lagi secara syif. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini meliputi kehidupan harian di asrama, keugamaan, motivasi, riadah, akademik, dan sebagainya.
Dikesempatan ini, kaola/saya sukacita memohon kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, khususnya para ibu bapa dan penjaga, untuk terus memantau kehadiran anak-anak mereka kerana dengan kehadiran secara konsisten ke sekolah merupakan asas kepada kejayaan mereka.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.