Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL283

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian mempunyai dasar mandatori, mekanisme pemilihan utama kepada pekerja tempatan serta bagaimana cara pemantauan, penempatan semula bagi melindungi kesinambungan kerjaya tenaga kerja tempatan dalam sektor ini? Baru-baru ini, banyak syarikat melepas pekerja dalam industri minyak dan gas, apakah dasar semasa bagi memastikan pekerja tempatan yang berpengalaman dan berkemahiran diberi keutamaan berbanding ekspatriat dalam proses "right sizing"?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat,

i. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai perkara yang berkaitan dengan kesejahteraan anak-anak tempatan kita ini di sektor minyak dan gas.

ii. Sepertimana jua yang Kaola jelaskan sebelum ini, pelepasan tenaga kerja di sektor huluan minyak dan gas kebanyakannya melibatkan kontrak yang tidak disambung atau tamat selepas projek selesai, selain daripada penyelarasan operasi untuk memastikan syarikat kekal berdaya tahan dan berdaya saing.

iii. Jabatan Tenaga sentiasa meneliti dan memantau kesejahteraan tenaga kerja tempatan dalam sektor minyak dan gas yang terkesan di dalam proses tersebut, sejajar dengan dasar-dasar yang sedia ada. Antara dasar-dasar yang digunakan ialah Arahan Bruneianisation dan Arahan Pembangunan Perniagaan Tempatan (Local Business Development – LBD), yang berperanan penting dalam memastikan keutamaan terus diberikan kepada penglibatan dan pengambilan rakyat tempatan di dalam sektor ini, di samping menggalakkan penjanaan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan.

iv. Bagi memastikan keutamaan sentiasa diberikan kepada tenaga kerja tempatan yang berkelayakan, Jabatan Tenaga terus memantau pengambilan tenaga kerja asing dalam sektor minyak dan gas melalui saringan dan penapisan yang ketat ke atas permohonan permit pekerja asing. Setiap permohonan akan diteliti secara menyeluruh, termasuk memastikan bahawa jawatan berkenaan telah diiklankan secara terbuka dan meluas kepada warga tempatan. Pertimbangan untuk pengambilan tenaga kerja asing hanya diberikan jika kepakaran tersebut memerlukan kemahiran yang sangat khusus dan pekerjaan-pekerjaan tersebut tidak diisikan oleh anak tempatan.

v. Seiring dengan itu, Jabatan Tenaga juga menekankan keperluan bagi syarikat-syarikat pengendali utama untuk memperkukuhkan pelan penggantian (succession planning) serta menyediakan pelan pembangunan individu (individual development plans) bagi tenaga kerja tempatan. Usaha ini bertujuan untuk menutup jurang kemahiran, khususnya dalam bidang teknikal dan kepimpinan, dan seterusnya memastikan pelaksanaan penggantian ekspatriat secara bertanggungjawab (responsible expat replacement) dilaksanakan dengan teratur dan berpaksikan kepada kompetensi dan pembangunan sumber manusia tempatan.

vi. Di samping itu, Jabatan Tenaga bekerjasama rapat dengan Pusat Pekerjaan Brunei, Pejabat Perancangan Tenaga Manusia dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) menerusi pendekatan yang inklusif dan kolaboratif bagi pemadanan peluang pekerjaan merentas sektor, untuk mengurangkan kesan jangka panjang bagi tenaga kerja tempatan yang terlibat.

vii. Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen berterusan pihak Kerajaan untuk memastikan warga tempatan serta syarikat tempatan diberikan peluang untuk berkembang maju dalam sektor tenaga sebagai tulang belakang kepada kemajuan ekonomi Negara.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.