Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL210
SOALAN
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan sejauh manakah pencapaian dan perkembangan pembangunan perusahaan tempatan telah dicatatkan setakat ini memandangkan banyak syarikat telah menerima sokongan, termasuk dalam pertumbuhan pendapatan, keuntungan, kelangsungan syarikat, kebolehpasaran luar negara serta peluang pekerjaan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Kaola ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin atas pertanyaan berhubung dengan sejauh manakah pencapaian dan perkembangan pembangunan perusahaan tempatan telah dicatatkan setakat ini. Alhamdulillah, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) terus komited untuk mendokong dan membimbing perusahaan tempatan untuk mencapai tahap perusahaan yang business resilience, scalable dan export-ready.
Di bawah ekosistem BEDB, pelbagai program dan inisiatif telah pun dilaksanakan bagi memberi bantuan dan sokongan kepada perusahaan-perusahaan MSME tempatan, yang mana setakat ini antaralainnya meliputi usaha-usaha seperti:
- Penjanaan lebih dari BND 3 juta nilai kontrak melalui penyediaan pembekalan barangan dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat besar di bawah program DAReLinks;
- Pelaburan lebih dari BND 5 juta dalam bentuk pembiayaan alternatif ke dalam perusahaan tempatan khususnya bagi mendukung penubuhan innovative startups;
- Melalui inisiatif Skim Co-Matching, pembiayaan sejumlah lebih dari BND 1.5 juta telahpun diberikan bagi mendukung perkembangan operasi;
- Penyediaan platform-platform jualan melalui inisiatif seperti Bruneian Made, MSME Festival, Kontena Park dan ekspo lain-lainnya yang mana telah berjaya menghasilkan lebih dari BND 8 juta hasil jualan;
- Penyediaan program latihan dan pembangunan keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan dan mengembangkan perniagaan;
- Selain itu, terdapat jua program dan inisiatif yang lain-lain seperti Startup673, Brunei Innovation Lab, Accelerate, Micro Bootcamp, Academy for Women Entrepreneurs (AWE), Kontena Park, iCentre, dan Elevate.
Alhamdulillah, daripada program, inisiatif dan bantuan yang telah dilaksanakan, lebih dari 700 perniagaan baharu telahpun berjaya diwujudkan, yang mana seterusnya telah dapat menjana lebih dari 2 ribu peluang pekerjaan.
Beberapa perkembangan ketara juga telah dilihat dicapai oleh MSME yang diberikan bantuan dan sokongan. Ini termasuk perkembangan dari segi pertumbuhan hasil (revenue growth) yang mana antaranya telah mencatat pertumbuhan positif dan telah dapat mengembangkan lagi saiz perusahaan mereka seperti dari peringkat mikro ke peringkat kecil atau peringkat sederhana, iaitu mengikut definisi MSME yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Usaha-usaha yang telah dijalankan telah juga dapat membantu beberapa perusahaan MSME yang beroperasi secara home-based, untuk mengembangkan operasi mereka dari segi peningkatan kapasiti pengeluaran dan berjaya mengalihkan operasi mereka ke kompleks komersil dan industri.
Selain itu, ada juga beberapa perusahaan MSME yang berjaya untuk mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan mereka sehingga mampu menembusi pasaran eksport. Sejak tahun 2023 hingga bulan Jun 2025, pihak BEDB telahpun berjaya membantu memudahcara kira-kira 22 perusahaan tempatan untuk menembusi pasaran eksport ke negara luar, iaitu termasuk Malaysia, Republik Singapura, Republik Indonesia, Republik Filipina, dan Thailand.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, namun begitu, adalah diakui juga bahawa kemajuan yang dicapai masih bersifat bertahap dan berbeza mengikut sektor serta daya saing setiap perusahaan masing-masing. Insya-Allah usaha berterusan akan giat dijalankan untuk menambah baik penyelarasan program-program bantuan, membina ekosistem yang lebih kondusif, serta memperkukuh pemantauan dan penilaian impak bagi memastikan perusahaan tempatan bukan sahaja bertahan, tetapi berupaya berkembang dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.