Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL152
SOALAN
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan sejauh manakah Kementerian menilai keperluan untuk memperkenalkan satu pendekatan yang lebih menyeluruh dan berasaskan impak dalam merancang serta menilai projek infrastruktur berskala kecil di kawasan daerah, agar peruntukan awam yang disalurkan benar-benar memberi nilai tambah kepada keperluan asas dan mengangkat taraf kehidupan penduduk setempat?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed mengenai persoalannya berkenaan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam penyediaan infrastruktur berskala kecil di kawasan daerah.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan sememangnya telah melaksanakan pendekatan menyeluruh dalam merancang serta menilai projek berskala kecil di kawasan daerah dilaksanakan di 2 peringkat, iaitu Peringkat Perancangan Guna Tanah dan Pengurusan Kemajuan.
Antara projek-projek infrastruktur berskala kecil yang telah dilaksanakan adalah:
-
Jabatan Jalan Raya:
- Pembinaan letak kereta bahu jalan di Jalan Kasat berdekatan Kampong Bolkiah;
- Pemeliharaan jalan raya secara berterusan seperti pemotongan rumput, pembersihan jalan dan pembaikan jalan berlubang (potholes);
- Pemasangan lampu isyarat di Jalan Lumapas / Jalan Kasat.
-
Di bawah Jabatan Perkhidmatan Air:
- Melaksanakan pembaikan dan pertukaran injap dan pam yang lama dan rosak bagi Loji Rawatan Air Barun, Loji Rawatan Air Layong dan Loji Rawatan Mangkubau;
- Program penyucian tangki-tangki untuk menghilangkan kotoran, sedimen dan mikroorganisma yang mungkin telah terkumpul;
- Operasi semula 9 tangki lama yang tidak digunakan bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan air dan mengurangkan risiko kekurangan air.
-
Di bawah Jabatan Saliran dan Pembetungan:
- Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran seperti pembinaan longkang RC di Spg 598 Kg Belimbing Subok;
- Kerja-kerja penyelenggaraan saliran secara berterusan;
- Kerja-kerja pengawalan hakisan seperti kerja-kerja perlindungan pantai di Jalan Kecil Lumut, Sg Tali.
Kementerian Pembangunan sentiasa menitikberatkan perlaksanaan projek infrastruktur termasuk yang berskala kecil, agar memberi impak positif kepada masyarakat setempat dan mendokong agenda pembangunan yang mampan dan inklusif.
Sekian sahaja jawapan yang Kaola dapat sampaikan bagi soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Zainol tersebut. Sekian terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.