Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL197
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk mengadakan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) dan klausa pampasan serta tindakan pentadbiran terhadap kementerian yang gagal menyelesaikan aduan dan juga mengadakan sistem bayaran pendahuluan dengan kawalan akauntabiliti yang ketat bagi membantu pengusaha mengurus kos permulaan dan memastikan kelangsungan aliran tunai?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
i) Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
ii) Menyentuh mengenai Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR), bagi Jabatan Perbendaharaan, TPOR untuk meluluskan pembayaran kepada vendor adalah selama 15 hari waktu bekerja, dan ianya merupakan komitmen Jabatan dalam memastikan kelancaran aliran tunai dan keadilan dalam proses pembayaran Kerajaan. Pencapaian TPOR ini adalah bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak berkepentingan dalam memastikan keperluan dan dokumen-dokumen adalah lengkap dan teratur, termasuk juga proses dalaman di setiap Kementerian/Jabatan, bagi memastikan kelancaran proses pembayaran.
iii) Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap pencapaian TPOR dan tahap kepuasan hati pelanggan bagi agensi-agensi Kerajaan yang banyak berurusan dengan orang ramai. Selaras jua dengan hasrat untuk menyokong persekitaran yang kondusif dan pro-business, pemantauan pencapaian TPOR oleh pihak MSD akan turut menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan utama agensi Kerajaan yang berkaitan dengan pro-business, termasuklah perkhidmatan memproses pembayaran khusus bagi pembekal/ peniaga. Namun, apa yang penting juga adalah bagi ketua-ketua jabatan untuk sama-sama komited dan mempunyai akauntabiliti dalam memastikan TPOR masing-masing akan dapat dicapai dengan berkesan bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.
iv) Manakala bagi tindakan pentadbiran kepada kementerian yang gagal menyelesaikan aduan, sepertimana yang dimaklumi bahawa pengauditan ke atas perbelanjaan Kementerian dan Jabatan ada dibuat oleh pihak Juruaudit Agung. Pengauditan ini ada kalanya termasuk pengauditan ke atas perbelanjaan dan juga dari segi proses dan tempoh pembayaran. Sekiranya terdapat aduan yang melibatkan kerugian kepada pihak Kerajaan, tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap mana-mana pegawai dan kakitangan yang didapati bertanggungjawab.
v) Selain itu, MSD juga memantau dan menyelaras aduan berkaitan penyampaian perkhidmatan termasuk isu-isu seperti tunggakan bayaran kepada pembekal. Bagi menangani aduan tunggakan bayaran, pihak MSD menyelaras dengan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam memastikan aduan tunggakan bayaran dapat diselesaikan dengan teratur.
vi) Dalam pada itu, ke arah pengukuhan pengendalian aduan di agensi-agensi Kerajaan, MSD telah menyediakan Garis Panduan Sistem Pengendalian Aduan Orang Ramai yang akan membantu agensi Kerajaan selaku first responder untuk bertindak secara sistematik, meningkatkan akauntabiliti dan memastikan setiap aduan ditangani dengan berkesan. Pihak MSD juga telah memperkenalkan platform Pemedulian Perkhidmatan Awam, bagi agensi-agensi kerajaan dan MSD dapat menilai keberkesanan perkhidmatan termasuk tahap kepuasan hati orang ramai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai.
vii) Berhubung pula dengan soalan mengenai klausa pampasan, izinkan kaola untuk menyampaikan penjelasan sepertimana yang dikongsikan oleh pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Ianya merupakan satu mekanisme yang lazimnya ada diselitkan di dalam kontrak atau invois tuntutan pembekal. Walau bagaimanapun, klausa pampasan ini perlulah dipersetujui oleh kedua belah pihak sama ada pada masa kontrak tersebut ditandatangani atau penerimaan tawaran. Mana-mana pembekal yang ada mempunyai klausa ini bolehlah menuntut kerugian disebabkan kelewatan pembayaran dengan menghadapkan bukti-bukti yang kukuh. Mengambil kira ianya adalah tertakluk kepada pembekal, maka tindakan juga adalah tertakluk kepada pembekal masing-masing.
viii) Berhubung dengan pembayaran pendahuluan pula, kaedah ini telah digunakan bagi beberapa projek tertentu yang memerlukan pembayaran secara advanced khususnya bagi pembayaran untuk mobilization dan bagi projek-projek yang mempunyai risiko yang tinggi, yang mana akan dipertimbangkan secara case by case basis. Walau bagaimanapun, bagi projek-projek yang berskala kecil yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang memerlukan pembayaran pendahuluan, adalah disarankan untuk mendapatkan bantuan melalui agensi-agensi tertentu seperti BEDB dan institusi-institusi kewangan berkaitan yang ada menyediakan bantuan kewangan atau pembiayaan secara pendahuluan atau startup.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.