Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL209 & PL280

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 5 minit
📊 Bilangan kata: 864 kata

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN DAN YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah langkah Kementerian untuk mempercepatkan pembayaran projek kerajaan yang telah siap kepada pengusaha-pengusaha muda tempatan dan peniaga-peniaga Melayu? Ini bagi menjamin kesinambungan, kemajuan dan perkembangan peniaga kecil dan sederhana ini memandangkan isu tersebut telah dibangkitkan dalam sesi muzakarah bersama mereka.

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan Service Level Agreement (contoh: pembayaran dalam 30 hari), mekanisme pemantauan digital real time, serta pertimbangan bayaran faedah kelewatan atau pampasan untuk kontraktor yang tertangguh, memandangkan masih terdapat isu kelewatan pembayaran kepada syarikat tempatan melalui TAFIS 2.0 yang membebankan aliran tunai dan kelangsungan perniagaan.

YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II​

JAWAPAN:

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Pertama, mengenai dengan Soalan PL209, tentang langkah Kementerian untuk mempercepatkan pembayaran projek kerajaan yang telah siap kepada pengusaha-pengusaha muda tempatan dan peniaga-peniaga melayu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi tidak membezakan proses-proses pembayaran perniagaan sama ada ianya terdiri daripada pengusaha-pengusaha muda tempatan dan peniaga-peniaga melayu.

Berkenaan isu pembayaran lambat disebabkan oleh TAFIS 2.0, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan telah mengambil langkah proaktif dan berkesan sejak bulan April 2024 seperti memperkenalkan system Government Vendor Portal yang memudahkan penghantaran invois dan pemantauan status pembayaran secara online; dan menubuhkan Payment Clinics, User Clinics dan Vendor Clinics (GVP Clinic) yang menyediakan sokongan serta latihan secara langsung kepada vendor dan pegawai Kerajaan, sekaligus meningkatkan penerimaan dan mempercepatkan penyelesaian masalah.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, izinkan kaola terus mengongsikan status terkini TAFIS 2.0. Setakat 31hb. Julai, 2025, jumlah keseluruhan tuntutan/inbois yang telah dibayar sejak sistem TAFIS 2.0 diperkenalkan adalah sebanyak 1,478,813 inbois, di mana setakat Julai 2025 (Tahun Kewangan 2025/2026) hanya terdapat 1,363 pembayaran yang mengalami masalah dan masih dalam status query di peringkat Jabatan.

Isu ini antaralainnya adalah disebabkan oleh kefahaman pihak pengguna sistem TAFIS 2.0, sama ada pengguna di Jabatan-Jabatan Kerajaan atau pihak pembekal dan orang ramai.

Sekarang, sepertimana yang dapat dilihat, terdapat penurunan bilangan vendor yang mengunjungi Vendor Clinic (GVP Clinic) iaitu sebanyak 232 orang pada bulan Julai 2025 berbanding secara purata 457 orang pada bulan-bulan sebelumnya. Bagi Vendor Clinic (GVP Clinic) ini, kebanyakan vendor hadir ke klinik untuk membuat pertanyaan mengenai status pembayaran invois mereka, mendapatkan bantuan bagi memuat naik atau mengemukakan invois, serta bantuan untuk menyediakan Service Entry Sheet dan Advance Shipping Notice. Manakala, bagi Payment Clinic (dulunya dikenali sebagai ICU Payment Clinic), mengambilkira jumlah vendor yang datang untuk bertanya mengenai kedudukan tunggakan pembayaran mereka telah berkurangan sejak Ogos 2024, maka Clinic tersebut telahpun dipindah ke Kaunter Unit Pembayaran untuk sebarang pertanyaan dari syarikat. Dalam pada itu, jumlah Pengguna dari Kementerian dan Jabatan yang datang untuk mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar dari User Clinic yang disediakan juga telah menurun di mana bagi bulan Jun 2025, hanya seramai 14 Pengguna sahaja yang mengunjungi Clinic tersebut untuk mendapatkan tunjuk ajar dalam menangani masalah yang mereka hadapi.

Selain itu, Jabatan Perbendaharaan juga telah membangunkan Laporan TPOR untuk setiap Kementerian dalam sistem TAFIS 2.0 dan melaksanakan pemantauan secara berterusan.

Mana-mana pengusaha-pengusaha bukan sahaja pengusaha muda tempatan atau peniaga-peniaga melayu yang memerlukan sebarang bantuan atau pertanyaan boleh menghubungi terus ke pihak Jabatan Perbendaharaan atau hadir ke klinik-klinik yang disediakan.

Kedua mengenai dengan PL280, berkenaan mekanisme seperti caj faedah sederhana atau pampasan bagi menangani situasi di mana pembayaran kerajaan kepada pembekal ditangguhkan. Perkara ini telah dibangkitkan semasa sesi Majlis Mesyuarat Negara Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-21, tahun 2025 dan kaola sudah memberikan jawapan pada 10 haribulan Mac 2025 yang lalu. Walau bagaimanapun, izinkan kaola untuk menambah sedikit lagi penjelasan mengenai perkara ini.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, proses pembayaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat jika tuntutan-tuntutan berkenaan sudah mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang telah disediakan. Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan sedang dan akan sentiasa berusaha untuk memastikan proses pembayaran yang sedia ada dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan efisien, berdasarkan peraturan-peraturan kewangan.

Manakala berkaitan dengan mekanisme pampasan, ianya merupakan mekanisme yang lazimnya ada diselitkan di dalam kontrak atau invois tuntutan pembekal. Walau bagaimanapun, klausa pampasan ini perlu dipersetujui oleh kedua belah pihak samada pada masa kontrak tersebut ditandatangani atau penerimaan tawaran.

Disamping itu, Kaola ingin mengongsikan bahawa pihak Kementerian ini juga mendapati, sebahagiannya bukan disebabkan oleh sistem TAFIS 2.0 itu sendiri, tetapi disebabkan kurangnya pengalaman dan pengetahuan dalam menggunakan sistem TAFIS 2.0. Maka, melalui klinik-klinik yang telah disediakan, kebanyakan isu ini telah berjaya diselesaikan sejak beberapa bulan yang lalu. Oleh itu, Kementerian ini menyeru agar mereka yang masih menghadapi isu ataupun masalah dalam penggunaan sistem berkenaan, untuk turut turun hadir ke klinik-klinik yang disediakan, supaya Kementerian ini akan dapat membantu mempercepatkan proses pembayaran selanjutnya.

Insya-Allah pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa komited untuk memperbaiki dan mempercepatkan proses pembayaran kepada pihak-pihak yang berkaitan. Sehubungan itu, kerjasama yang berterusan daripada semua pihak yang berkepentingan adalah amat diperlukan bagi melancarkan lagi proses-proses kelulusan dan pembayaran.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.