Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL219

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah peningkatan perubahan dalam keberkesanan dan impak yang signifikan dalam peranan dan fungsi institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dalam memajukan dan memantapkan aktiviti-aktiviti perekonomian, kemasyarakatan, keugamaan serta kebajikan ke arah menjana serta menaiktaraf sosio-ekonomi masyarakat?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱللَّٰحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

  1. Kaola sukacita mengongsikan di Dewan Yang Mulia ini, sepertimana yang digariskan dalam Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 2013, seorang Penghulu Mukim dan Ketua Kampung adalah berperanan sebagai mata, telinga dan lidah Kerajaan dan penduduk mukim dan kampung dalam menjaga serta mengawasi kepentingan, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan mukim dan kampung. Penghulu Mukim dan Ketua Kampung juga memainkan peranan penting dalam memperkasa masyarakat melalui pelbagai inisiatif ekonomi, kemasyarakatan dan keagamaan.

  2. Lapan (8) Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah pun dibentuk dan diperkenalkan pada 13hb. Februari 2024 dimana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ini adalah berasaskan prestasi yang diselaraskan dengan Pelan Strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2023-2027, yang menekankan peranan pemimpin akar umbi dalam lima (5) aspek utama iaitu Kepimpinan dan Pengurusan; Kemaslahatan Anak Buah Mukim atau Kampung; Keselamatan; Ketersediaan Prasarana; dan Perekonomian di Mukim atau Kampung.

  3. Alhamdulillah, berdasarkan analisa ke atas Laporan Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang dibuat dalam tahun 2024, sukacita dikongsikan di antara pencapaian pelaksanaan Petunjuk Prestasi yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

3.1. Pengawasan kejiranan kampung oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah melaksanakan sebanyak 1,290 rondaan dimana 98.46% aduan atau dapatan hasil rondaan berkenaan telah diambil tindakan dan dihadapkan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya;

3.2. Dalam usaha memperkukuh ekonomi setempat, sebanyak 208 produk baharu dan inovasi terhadap produk yang sedia ada telah dilaksanakan di bawah inisiatif Satu Kampung Satu Produk (1K1P). Seiring dengan itu, peruntukan kewangan juga disediakan melalui Jabatan-Jabatan Daerah kepada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) bagi menjalankan aktiviti ekonomi seperti jualan, pembelian peralatan, dan penyediaan tempat penghasilan produk. Di samping itu, para pengusaha tempatan juga diberikan kursus latihan bersama agensi berkaitan untuk meningkatkan kemahiran serta daya saing produk, di samping penglibatan aktif dalam ekspo-ekspo jualan.

3.3. Selain itu, platform untuk berniaga bermusim turut disediakan, antaranya melalui penyediaan hamper Hari Raya, peluang membekalkan produk untuk acara kebesaran negara, kunjungan Muhibbah serta lawatan atau mesyuarat di luar negara. Platform seumpama ini tidak terhad kepada pengusaha Satu Kampung Satu Produk sahaja, malahan juga dibukakan kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana termasuk golongan mencabar atau rentan, yang mana melaluinya, sepertimana yang pernah Kaola kongsikan sebelum ini semasa Usul Perbahasan, jumlah jualan keseluruhan bagi produk 1K1P sahaja di antara bulan Januari 2024 sehingga Julai 2025 dari 146 orang pengusaha telah melebihi BND1.9 juta ringgit Brunei.

3.4. Dikesempatan ini, Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, di atas kata-kata perhargaan semasa menyampaikan Usul Penangguhan pada 7 haribulan Ogos yang lalu. Sesungguhnya kata-kata tersebut dapat menjadikan motivasi dan galakan kepada pengusaha 1K1P dan pihak yang berkenaan dalam membantu Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana bagi "memanfaatkan untuk memperkukuh penjenamaan produk tempatan serta menyumbang secara langsung kepada peningkatan sosioekonomi pengusaha."

3.5. Dari aspek aktiviti pula, sebanyak 2,017 aktiviti di antara bulan April hingga Disember 2024 yang berbentuk Kemasyarakatan, Keugamaan, Kesukanan, dan Perekonomian juga telah berjaya diungkayahkan di mukim-mukim dan kampung-kampung.

  1. Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, ke arah membantu Penghulu Mukim dan Ketua Kampung mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada penduduk di mukim dan kampung masing-masing, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah memperkenalkan Rangka Kerja Kompetensi Sumber Manusia Penghulu Mukim dan Ketua Kampung (HRCF PMKK) yang telah dilancarkan pada 22hb. Mac 2025 yang mana Rangka Kerja ini telah diberigakan di setiap daerah melalui sesi penerangan, penganjuran klinik dan bengkel bersama Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Rangka kerja ini telah mula dilaksanakan 1hb. Mei 2025 dengan tujuan untuk mengenalpasti jurang kompetensi setiap Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, dan seterusnya merangka latihan berasaskan kompetensi bagi meningkatkan kemahiran dan kapasiti mereka. Latihan ini memfokuskan kepada kompetensi Teras, Kepimpinan dan Teknikal dengan matlamat untuk memperkasa peranan mereka secara lebih efektif dan berkesan.

Sekian yang dapat Kaola sampaikan pada menjawab soalan berkenaan.

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.