Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL156
📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 358 kata
YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN​
SOALAN:
YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan apakah boleh persatuan, khususnya persatuan 4x4, untuk mendaftarkan kenderaan berat bekas Kementerian Pertahanan yang telah berjaya dibeli melalui jualan lelong? Ini mengambil kira kesesuaian kenderaan ini bagi membantu penghantaran barang-barang sewaktu banjir.
YANG BERHORMAT MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI​
JAWAPAN:
Bismillahir Rahmanir Rahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh,Salam sejahtera dan Selamat Pagi,Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin di atas soalan mengenai pendaftaran kenderaan bekas Kementerian Pertahanan yang telah berjaya dibeli melalui jualan lelong.
Dalam menjawab pertanyaan Yang Berhormat tersebut, terlebih dahulu dikongsikan bahawa di antara kuasa Jabatan Pengangkutan Darat adalah untuk mengeluarkan lesen kenderaan-kenderaan bermotor sepertimana yang termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Akta Lalu lintas Jalan Raya (Penggal 68).
Dalam hubungan ini, di antara perkara-perkara yang dinilai dalam mempertimbangkan pengeluaran lesen kenderaan tersebut adalah sama ada kenderaan bermotor tersebut menepati piawaian-piawaian yang digunapakai serta peraturan-peraturan khusus seperti Peraturan-Peraturan Kenderaan Bermotor (Tali Pinggang Keledar, 1988).
Penilaian-penilaian tersebut diperlukan untuk memastikan kenderaan-kenderaan yang dilesenkan mematuhi ciri-ciri keselamatan dan terjamin untuk digunakan di jalan raya awam (road worthiness).
Berhubung dengan kenderaan-kenderaan Kementerian Pertahanan, perlu difahami bahawa tidak semua kenderaan Kementerian Pertahanan, khususnya untuk kegunaan ketenteraan dan tactical, akan secara automatik menepati keperluan-keperluan kenderaan awam. Pada masa yang sama, kenderaan-kenderaan yang dijual secara lelong pada lazimnya juga adalah kenderaan-kenderaan yang tidak mempunyai lesen kenderaan dan sudah lama tidak digunakan atau rosak.
Namun begitu, diakui bahawa di antara kenderaan-kenderaan Kementerian Pertahanan yang berjaya dibeli melalui lelong dan dibaik pulih tidak dapat lulus pemeriksaan dan tidak dikeluarkan lesen kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.
Oleh yang demikian kenderaan-kenderaan tersebut secara lazimnya tidak boleh digunakan di jalan raya awam dan tidak akan dilindungi oleh insurans kenderaan bermotor.
Untuk kegunaan khusus seperti membantu penghantaran barang-barang sewaktu banjir dalam persekitaran terkawal dan terhad memerlukan adanya pihak yang mengambil tanggungjawab serta menjamin penggunaan kenderaan tersebut adalah selamat kepada pengguna dan penumpang.
Sekian dahulu yang kaola ingin kongsikan di Dewan Majlis ini, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.