Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL168

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk menubuhkan satu pusat kawalan dan penyelidikan veterinary bersepadu yang dapat mempercepat pengesanan dan respons terhadap wabak penyakit haiwan, serta memperkukuh keselamatan makanan negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Perkhidmatan veterinar, yang diberikan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan makanan hasil pengeluaran industri ternakan serta mengesan dan menangani serangan wabak penyakit haiwan. Dalam perkara ini, sebagai langkah pengesanan dan pencegahan, penyakit haiwan adalah dipantau secara berterusan melalui program persampelan dan survelans di ladang. Tindakan-tindakan dan penguatkuasaan yang diambil sekiranya terjadi penyakit atau wabak adalah bersandarkan kepada Akta Haiwan (Penyakit dan Kuarantin) - Animal (Disease and Quarantine) Act.

Selain itu, Kementerian juga telah memastikan adanya makmal veterinar yang diiktiraf mengikut ISO:17025, yang mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam penganalisaan dan pengesanan penularan wabak penyakit ternakan yang berkepentingan. Pihak Kementerian juga memastikan penglibatan perkhidmatan veterinar dijalankan berkerja rapat dan selaras dengan badan-badan antarabangsa yang relevan seperti World Organization for Animal Health bagi keperluan penyelidikan, pertukaran maklumat dan kepakaran dan seterusnya pemantauan status penyakit secara serantau. Usaha-usaha ini dilaksanakan untuk memastikan keselamatan makanan ladang ternakan negara adalah mampan dan bebas daripada penyakit.

Alhamdulillah, dengan kejayaan Negara mengeksport telur dan produk-produk agrimakanan berasaskan daging, ini secara langsung menjadi satu pengiktirafan antarabangsa kepada perkhidmatan veterinar Negara sebagai satu agensi pusat yang menguruskan industri ternakan secara kompeten termasuk dari segi pemantauan dan pengawalan penyakit ternakan. Ini adalah kerana sebelum pengeksportan telur dan produk-produk ternakan lain, perkhidmatan veterinar Negara perlu menjalani satu pengauditan oleh negara-negara pengimport.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.