Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL236

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan adakah BDCB telah/akan mengeluarkan garis panduan bagi mengawal harga premium agar berpatutan dan affordable; memastikan policy coverage memenuhi keperluan policyholders; dan memantau kesannya terhadap kos perniagaan terutamanya mengambil kira keperluan bagi insurans perubatan bagi penduduk tetap dan pekerja asing? Adakah Kerajaan juga merancang skim perlindungan universal untuk pemegang kad hijau, termasuk pelajar antarabangsa, melalui visa berkaitan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Kaola ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim atas pertanyaan berhubung dengan garis panduan bagi policy coverage serta pengawalan harga premium yang mana mengambil kira keperluan insurans perubatan bagi setiap lapisan penduduk dan warga asing.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah pun memperkenalkan garis panduan pembangunan produk dan penentuan harga bagi syarikat insurans dan pengendali takaful (Guidelines on Product Development and Pricing) masing-masing pada tahun 2021 dan 2022.

Garis panduan ini memberikan panduan amalan baik yang perlu diambil kira oleh pihak syarikat insurans dan pengendali takaful khususnya yang berkaitan dengan pembangunan produk dan penetapan harga, selaras dengan pertimbangan aspek operasi, pengurusan risiko dan kewangan.

Walaupun kadar premium dan sumbangan insurans serta takaful adalah berlainan antara satu syarikat dengan yang lain, perbezaan ini lazimnya mengambil kira beberapa faktor utama. Antaranya termasuk profil risiko pemegang polisi, perlindungan terhadap penyakit sedia ada, dan juga perkhidmatan pesakit luar.

Namun demikian, sebagai pengawalselia sektor insurans dan takaful, BDCB sentiasa mengutamakan perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful adalah bersesuaian dengan keperluan dan risiko setiap pemegang polisi.

Berikutan dengan ini, pada tahun 2022, BDCB juga telah memperkenalkan satu garis panduan bagi pengurusan pengunderaitan dan tuntutan (underwriting and claims management). Ini bagi memastikan strategi, polisi, dan prosedur bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti utama diambil kira dalam rangka kerja risiko setiap syarikat insurans dan pengendali takaful.

Walau bagaimanapun, BDCB akan terus memantau kesan daripada kadar premium dan sumbangan yang ditawarkan, termasuk implikasinya terhadap kos perniagaan. Ini termasuklah keperluan insurans perubatan yang semakin meningkat untuk penduduk tetap dan pekerja asing di negara ini.

Seterusnya, BDCB juga sentiasa memastikan bahawa syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful kekal stabil dan berdaya tahan. Ini penting agar perlindungan insurans yang sedia ada dapat terus meliputi setiap lapisan masyarakat, termasuklah warga asing, selaras dengan dasar yang sedang dikuatkuasakan. Dalam masa yang sama, orang ramai juga digalakkan untuk membuat perbandingan dan memilih produk insurans perubatan yang bersesuaian dengan selera risiko atau risk appetite masing-masing. Ini bagi memastikan perlindungan insurans yang diambil adalah mencukupi, khususnya apabila timbul keperluan untuk membuat tuntutan kos perubatan.

Untuk maklumat lanjut dalam perkara ini, orang ramai bolehlah menghubungi Brunei Insurance and Takaful Association, atau BITA.

Akhir sekali, mengenai dengan "skim perlindungan universal", ianya tertakluk kepada model yang bersesuaian dan perundingan bersama pemain industri. Walau bagaimanapun, BDCB akan sentiasa memastikan bahawa kos insurans perubatan tidak akan memberikan bebanan yang tinggi kepada warga asing di negara ini, seperti pekerja asing dan pelajar antarabangsa.

Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.