Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL187
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan sejauhmana Kementerian melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap supply chain negara termasuk kadar bayaran rentas sempadan dan penaiktarafan Pos Brunei mengikut piawaian antarabangsa, serta memastikan penubuhan satu platform e-dagang milik Brunei bagi memperluas akses produk tempatan ke pasaran global?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kaola ingin mengucapkan terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Dalam menjawab soalan ini, izinkan kaola mengongsikan bahawa Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah mengambil beberapa langkah bersesuaian bagi menilai kecekapan rantaian bekalan di negara ini, iaitu pertama, melalui penggunaan platform-platform digital seperti Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW), Exit and Entry System (EES) dan Customs.BN. Melalui Customs.BN, pengisytiharan deklarasi dan pembayaran cukai boleh dibuat secara dalam talian pada bila-bila masa, selaras dengan objektif untuk mempercepat dan memudahcara pergerakan barangan rentas sempadan dengan lebih efisien.
Kedua, ialah melalui kerjasama dan penyelarasan amalan terbaik di peringkat antarabangsa dan serantau melalui:
- Perlaksanaan ASEAN Single Window (ASW) yang dijalankan sejak tahun 2019 dan membolehkan pertukaran maklumat perdagangan secara elektronik bersama negara-negara ahli ASEAN yang lain;
- Perlaksanaan ASEAN Authorised Economic Operator Mutual Recognition Arrangement (AAMRA) sejak 1 haribulan Ogos 2024, yang mana bertujuan untuk memudahkan pergerakan barangan yang dieksport oleh Authorised Economic Operator (AEO), iaitu syarikat-syarikat yang diiktiraf oleh Pentadbiran Kastam, di seluruh ASEAN; dan juga
- Perlaksanaan One Stop Counter dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di Pos Kawalan Negara di Sungai Tujoh dan Pos Kawalan Sementara Labu bagi memudahkan pemprosesan dokumen semasa merentas sempadan.
Berhubung dengan penaiktarafan Pos Brunei, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Darussalam Assets, dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, sedang melaksanakan projek pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos, yang disasarkan untuk go-live, insyaAllah pada awal tahun 2026. Antara fokus-fokus utama yang akan ditumpukan dalam 2 ke 3 tahun pertama selepas pengkorporatan, termasuklah bagi mengurangkan jumlah pembiayaan daripada pihak kerajaan, meningkatkan kecekapan operasi dan kompetensi tenaga kerja serta pengurusan dan juga usaha rejuvenasi aset.
Manakala mengenai dengan inisiatif e-Dagang, PosBru akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat logistik tempatan dan runners yang sedia ada bagi meningkatkan perkhidmatan last mile delivery PosBru di masa akan datang dan bagi meningkatkan aktiviti e-dagang di Negara Brunei Darussalam.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.