Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL254
SOALAN
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan Kalendar Acara Tahunan Brunei (Brunei Year Event Calendar) yang menyenaraikan acara-acara rasmi yang dianjurkan di setiap daerah sepanjang tahun sebagai tujuan mempromosi industri pelancongan tempatan di peringkat domestik dan antarabangsa?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Kalendar Acara Tahunan Brunei memang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan setiap bulan Mac. Walau bagaimanapun, Kementerian mengharap kerjasama yang erat dan berterusan dari seluruh pihak berkepentingan dan mengalu-alukan perkongsian maklumat awal mengenai acara-acara yang dirancang agar dapat dihimpunkan dan dipromosikan secara bersepadu dalam satu platform rasmi - sama ada secara digital mahupun bercetak.
Dengan adanya perancangan awal dan senarai acara yang komprehensif, Kementerian dapat menyusun strategi pemasaran yang lebih tepat masa, disasarkan dan berimpak tinggi. Ini termasuk pelaksanaan kempen berasaskan acara (Event-based Tourism), promosi digital bersasar, penyediaan pakej pelancongan khas yang selaras dengan tarikh acara, serta penyelarasan promosi bersama syarikat penerbangan, penginapan, agensi pelancongan dan penyedia perkhidmatan berkaitan.
Perancangan ini bukan sahaja membantu menarik pelawat pada waktu strategik, malah memberi peluang kepada semua pemain industri termasuk hotel, restoran, pengusaha pelancongan dan peniaga tempatan untuk menyelaras tawaran mereka seperti promosi diskaun, penambahan kapasiti, atau penyesuaian operasi sempena acara tertentu. Dengan ini, mereka dapat merancang lebih awal dan memaksimumkan manfaat ekonomi daripada peningkatan kemasukan pelawat semasa musim acara.
Pendekatan ini juga membolehkan Kementerian dan rakan industri untuk menyasarkan pasaran yang sesuai, merancang kempen promosi rentas sempadan yang lebih efektif, serta memberi pelawat - khususnya pelawat antarabangsa, insentif yang jelas untuk memilih waktu tertentu dalam tahun untuk melawat Brunei.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.