Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL146

SOALAN

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk memperkenalkan silibus kebangsaan yang merangkumi literasi kewangan dan pengurusan sumber yang komprehensif, dengan tumpuan kepada pembentukan tabiat berbelanja berhemah, pengurusan hutang secara bertanggungjawab dan pemerkasaan kewangan jangka panjang dalam kalangan pelajar sejak peringkat awal?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk kaola menjawab pertanyaan lisan PL146 yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Kementerian Pendidikan telah diberikan mandat untuk menyediakan dan menyalurkan pendidikan kewangan melalui kurikulum dan program-program pendidikan bermula di peringkat sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi.

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah:

  1. Penghasilan Brunei Darussalam Financial Literacy Competency Framework (BDFLCF) yang mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran literasi kewangan merentas kurikulum.
  2. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah dan kokurikulum yang dirancang secara berstruktur seperti Celik Biz, Big Start dan Kelab Keusahawanan.

Berdasarkan hasil pelaksanaan Brunei Darussalam Financial Literacy (BDFL) di sekolah, dikongsikan beberapa dapatan awal mengenai pembentukan budaya pengurusan kewangan yang berhemah:

  1. Peningkatan Pengetahuan dan Kesedaran Kewangan: Pelaksanaan BDFLCF dalam kurikulum bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai konsep asas kewangan, malah membentuk keupayaan mereka untuk membuat keputusan kewangan yang bijak dan beretika. Pendekatan ini juga memudahkan pemahaman pelajar serta meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan pengurusan dan perancangan kewangan peribadi;

  2. Penglibatan Pelajar yang Aktif: Pelaksanaan aktiviti pengajaran yang bersifat praktikal dan interaktif seperti lakonan peranan (role play), simulasi kewangan, permainan pendidikan kewangan serta lawatan sambil belajar dapat menarik minat dan perhatian pelajar; dan

  3. Kemahiran Praktikal: Pengalaman langsung melalui aktiviti-aktiviti memberikan pelajar gambaran yang lebih jelas tentang pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.