Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL233

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah langkah ke hadapan Kementerian untuk memperbaiki ekosistem bisnes ini supaya ia lebih kondusif dan business-friendly, bagi memudahkan perniagaan berkembang maju? Dalam perjumpaan dengan Masyarakat Perniagaan, satu cabaran utama yang ditimbulkan ialah mengenai ekosistem bisnes yang kurang kondusif dan kurang pro-business terutamanya berkaitan proses mendapatkan kebenaran, yang menjejaskan perkembangan PMKS tempatan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Terima kasih juga atas pertanyaan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia berhubung langkah ke hadapan pihak Kerajaan untuk memperbaiki ekosistem perniagaan supaya untuk lebih kondusif dan business-friendly.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi, melalui Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE), sebagai lead-agency Kerajaan dalam usaha menyelaras inisiatif ease of doing business di negara ini sentiasa berusaha berganding bahu dengan agensi-agensi Kerajaan lain bagi memupuk suasana perniagaan tempatan yang lebih vibrant.

Dengan bersandarkan Economic Blueprint sebagai guiding principles and policies, pihak IBE telahpun menyediakan dan mendokong peta industri (Industry Roadmap) bagi memacu maju lagi perkembangan perniagaan dan industri tempatan. Antara lain peta industri yang telah disediakan adalah Downstream Oil and Gas Industry Roadmap; Food Industry Roadmap; Services Maritime Industry Roadmap; dan beberapa lagi peta industri yang masih dalam fasa penyediaan dan penelitian pihak Kementerian.

Kementerian ini sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk mendokong usaha perlaksanaan Industry Roadmap tersebut, yang akan dapat membantu menangani isu-isu dan cabaran on the ground yang dialami oleh sektor swasta, ke arah peningkatan iklim pengawalseliaan perniagaan tempatan dengan berpandukan kepada Whole-of-Nation approach dan dilaksanakan secara kolektif oleh Jabatan-Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga terus berusaha untuk memantau perkembangan reformasi-reformasi yang dirancang dan memberi dokongan kepada agensi-agensi untuk melaksanakan pembaikan terhadap ekosistem perniagaan di Negara ini.

Dalam pada itu, Kementerian sentiasa bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan di sektor swasta untuk memastikan penggubalan perundangan dan dasar adalah menjurus kepada amalan terbaik serantau dan di dunia dan juga bersesuaian dengan nilai-nilai Negara Brunei Darussalam dan keperluan perniagaan di Negara ini, serta juga memastikan pelaksanaan pelan-pelan tindakan yang berkaitan dapat dijalankan dengan secara efektif dan dapat dirasai sepenuhnya oleh pihak orang ramai;

Usaha-usaha juga digiatkan untuk mempercepatkan dan mengurangkan tempoh proses Kerajaan melalui penyelarasan prosedur yang lebih berkesan. Manakala untuk melancarkan lagi usaha-usaha ease of doing business di negara ini, pelaksanaan dan penambahbaikan sistem-sistem atas talian bagi memperluaskan perkhidmatan dan memudahcara proses manual di agensi-agensi Kerajaan seperti menghadapkan permohonan secara elektronik dan pembayaran secara atas talian juga akan dipertingkatkan. Selain itu, Kementerian ini juga bercadang untuk meluaskan lagi skop pemberigaan reformasi-reformasi dan inisiatif dengan melibatkan maklumbalas dua-hala bersama dengan perniagaan-perniagaan serta pihak berkepentingan lain.

Dalam membolehkan Kementerian untuk merancang usaha-usaha pembaikan yang diperlukan dengan lebih baik, Kementerian ini melalui Bahagian IBE turut mengadakan lawatan syarikat dari pelbagai industri termasuk industri pembinaan, makanan dan minuman, logistik, perniagaan online, runcit, serta pembekal perkhidmatan korporat untuk mengumpul lebih banyak maklum balas dan data mengenai pembaharuan-pembaharuan dan juga persekitaran perniagaan secara amnya.

Dengan maklum balas dari lawatan syarikat tersebut, Bahagian IBE akan berhubung dengan Champion Groups mengenai isu perundangan, proses atau tahap perkhidmatan pelanggan yang disediakan oleh kakitangan dan akan membantu mengenalpasti strategi yang terbaik untuk memperbaiki proses dan perhubungan dalaman masing-masing bagi memastikan TPOR dan kepuasan pelanggan dapat dicapai.

Selain itu, sebagai usaha ke arah langkah yang pro-business, perbincangan bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) juga telah diadakan, bagi membincangkan hala tuju untuk menambahbaik proses perniagaan serta menumpukan lebih perhatian kepada keberkesanan (efficiency) setiap proses yang dilaksanakan.

Bahagian IBE juga telah mengambil langkah untuk mengadakan sesi engagement bersama agensi-agensi Kerajaan yang lain bagi membentangkan inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan bagi penambahbaikan proses perniagaan. Di samping itu, Bahagian IBE selaku pihak perangka dasar MSME, juga menghadiri sesi-sesi engagement yang dianjurkan oleh pihak BEDB sebagai salah satu usaha dalam membangunkan ekosistem perniagaan yang kondusif, serta mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi berkepentingan dengan tujuan memastikan dasar-dasar yang bakal diperkenalkan akan dapat menyokong pertumbuhan perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat seterusnya, melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), Kementerian ini juga turut komited dalam mendukung usaha untuk memperbaiki ekosistem perniagaan agar lebih mesra perniagaan (business-friendly) dan responsif terhadap keperluan semasa dunia usaha melalui pengukuhan peranan Business Helpdesk sebagai first point of contact dalam menyelaras cabaran perniagaan yang dihadapi oleh MSME tempatan dan syarikat FDI usahawan di NBD, serta memudahkan saluran maklum balas antara pihak perniagaan dan agensi-agensi kerajaan.

Disamping itu, BEDB amat mengalu-alukan kerjasama rapat daripada agensi-agensi Kerajaan dalam mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh perniagaan, termasuk pain points yang dialami oleh MSME tempatan dan syarikat FDI ketika berurusan dengan pihak-pihak berkaitan. BEDB juga mengendalikan pelbagai platform dialog antara sektor awam dan swasta seperti MSME Roundtable Series dan BEDB Engagement Series yang diharapkan akan dapat membangun ke arah pembaikan dasar dan prosedur agensi-agensi kerajaan secara berterusan.

Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.