Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL249

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 2 minit
📊 Bilangan kata: 332 kata

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN​

SOALAN:

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan setakat manakah kemajuan yang dicapai bagi penternakan blue shrimp? Adakah pihak kerajaan juga akan membantu penternak tempatan yang dari dulu sudah berusaha dan berkecimpung dalam penternakan ini?

YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN​

JAWAPAN:

Negara Brunei Darussalam telah mula menternak blue shrimp atau udang rostris sejak tahun 2000. Walau bagaimanapun pada akhir tahun 2017, setelah mengalami isu in-breeding, industri ternakan udang rostris di Negara ini menghadapi kadar pertumbuhan udang yang lambat dan isu jangkitan penyakit udang yang menjejaskan penghasilan udang ternakan secara drastik. Oleh itu, Kementerian telah mengubal dasar bagi ternakan udang laut dengan membenarkan ternakan udang vannamei atau white shrimp sebagai spesies tambahan untuk diternak di negara ini sejak penghujung tahun 2019. Penelitian penggubalan dasar ini dilaksanakan secara komprehensif dengan mengambil kira aspek ekonomi, kesejahteraan dan biosekuriti untuk mengisi jurang bekalan bahan mentah udang ke kilang pemprosesan bagi memenuhi pasaran tempatan dan luar negara.

Salah satu langkah dalam memastikan kelangsungan penghasilan Udang RostrIs di Negara ini dimulakan semula adalah melalui usaha bagi menarik pelabur langsung asing untuk memajukan industri udang rostris ini. Sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) iaitu syarikat usahasama dengan pelabur asing sedang menjalankan aktiviti penetasan Udang RostrIs dan pembiakan. Benih Udang RostrIs ini di datangkan dari Austria dan berkemungkinan akan jua dikawinkan dengan Benih Udang RostrIs tempatan dalam masa jangka sederhana dan panjang. Penghasilan dari syarikat berkenaan dijangka meningkat pada tahun ini melalui penambahan tapak baharu seluas 12.5 hektar yang telah mula beroperasi di tapak Serasa Fisheries Centre bagi menternak Udang RostrIs menggunakan teknologi akuakultur berasaskan automasi dan penggunaan solar photovoltaic yang lebih mesra alam dan boleh membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Penghasilan benih Udang RostrIs oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan berkenaan pada masa ini hanya mencukupi untuk dibekalkan kepada kolam-kolam sedia ada di tapak-tapak milik syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak syarikat merancang untuk membekalkan benih Udang Rostris kepada penternak udang tempatan sebaik saja pihak syarikat berjaya meningkatkan keluaran benih Udang Rostris berkenaan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.