Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT079
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh MTIC untuk melaksanakan rancangan 2020–2022 untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam dalam mengurangkan kesesakan, meningkatkan rangkaian connectivity seluruh negara, merangsang ekonomi dan memudahkan pelancong, memandangkan fasiliti seperti hentian bas dan kekerapan perkhidmatan masih di tahap yang tidak memuaskan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof di atas soalan mengenai penaiktarafan sistem pengangkutan awam termasuk fasiliti hentian bas dan kekerapan perkhidmatan.
Berhubung dengan perkara ini, antara projek di bawah RKN12 adalah berkenaan dengan Sistem Pengangkutan Awam yang meliputi pembinaan dan pengemaskinian tiang-tiang serta pondok-pondok bas di seluruh negara. Selain itu, pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur pengangkutan awam, seperti menaiktaraf bangunan terminal bas di Kuala Belait dan Seria, serta pembinaan baharu perhentian pertukaran bas di Lugu, Sengkurong dan Labu Square, termasuk perhentian bas di Pekan Bangar merupakan antara perkara-perkara yang telah dikenalpasti di bawah projek berkenaan. Mengenai dengan projek sistem pengangkutan awam, untuk makluman Yang Berhormat Pehin, terdapat sejumlah 14 cadangan (proposal) telah diterima setelah tarikh tutup RFP pada 11 Mac 2025, yang mana 13 buah adalah terdiri daripada syarikat tempatan termasuk yang mempunyai hubungan rakan kongsi dari luar dan satu (1) buah dari syarikat luar negeri.
Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Penilaian ‘Request for Proposal (RFP) To Provide, Operate, Manage and Maintain Public Transport Services in Brunei Darussalam’ telah ditubuhkan untuk menilai RFP tersebut serta mengemukakan cadangan sokongan. Jawatankuasa berkenaan mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan, Jabatan Pengangkutan Darat dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).
Turut juga dikongsikan adalah mengenai modaliti operasi (operational modaliti) yang mana cadangan yang terpilih akan diberikan kontrak secara konsesi (concession contract) dalam jangka masa yang panjang. Modaliti ini bertujuan untuk memastikan pengurusan, operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan awam yang berterusan mengikut peraturan regulator i dan keperluan strategik.
Untuk makluman Yang Berhormat seterusnya, pembinaan pusat pengawasan kenderaan juga akan dibangunkan dengan tujuan untuk mengawasi dan memelihara keadaan pemanduan serta kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan komersial agar lebih selamat. Oleh itu, pembangunan Sistem Pengangkutan Pintar (Smart Transportation System, STS) akan digunakan bagi membantu dalam pengawasan keadaan pemanduan dan kenderaan tersebut.
Status projek-projek ini ada yang masih dalam reka bentuk, manakala sebahagiannya lagi adalah sedang dalam pelaksanaan. Perlaksanaannya akan disegerakan secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan siap pada tahun 2027.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.