Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT083

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan pegawai yang telah mengikuti Public Service Development Programme di Singapura, dan apakah sistem penilaian yang digunakan untuk memantau impak program serta perkembangan kerjaya mereka, khususnya inisiatif dalam memperkasakan perkhidmatan awam?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim di atas pertanyaan mengenai Public Service Development Programme di Republik Singapura.

II. Program Penempatan Kerja Pegawai Perkhidmatan Awam ke Republik Singapura mula dilaksanakan pada tahun 2023. Setakat ini seramai 13 orang Pegawai Kerajaan telah terpilih untuk mengikuti Program Penempatan iaitu seramai lapan (8) orang bagi Kohort Pertama (2023/2024), dan seramai lima (5) orang bagi kohort kedua (2024/2025). Bagi Kohort ketiga (2025/2026) pula pada masa ini sedang dalam proses pemilihan calon berdasarkan senarai pencalonan yang telah diterima daripada Kementerian-Kementerian.

III. Setakat ini, agensi-agensi penempatan di Republik Singapura yang terlibat adalah:

  • Public Service Division (PSD)
  • Ministry of Social and Family Development (MSF)
  • Singapore Food Agency (SFA) & National Centre for Food Science (NCFS)
  • Housing and Development Board (HDB), Ministry of National Development (MND)
  • Ministry of Health (MOH) & Health Promotion Board (HPB)
  • National Environment Agency (NEA)

IV. Sistem penilaian yang digunakan untuk memantau impak program ini adalah melalui deliverables program yang perlu dilengkapkan dan dilaksanakan oleh setiap peserta program. Ini merangkumi penyediaan kertas cadangan projek pembaikan yang dibuat berdasarkan pengalaman kerja mereka di Republik Singapura, dan seterusnya pelaksanaan cadangan projek tersebut di kementerian atau jabatan masing-masing sekembali mereka ke Negara Brunei Darussalam. Tajuk projek tersebut telah dinilai dan dipersetujui awal oleh pihak kepimpinan kementerian masing-masing dalam memastikan ia selaras dengan perancangan strategik kementerian dan Wawasan Brunei 2035.

V. Pelaksanaan dan perkembangan projek masing-masing sepanjang program penempatan tersebut dipantau secara berkala oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memastikan pelaksanaannya dibuat secara berterusan. Pihak Jabatan/Kementerian pegawai-pegawai berkenaan turut berperanan dalam memantau pelaksanaan projek-projek mereka selaras dengan objektif dan perancangan Jabatan/Kementerian masing-masing, setelah selesai program penempatan berkenaan. Secara ringkas, projek-projek peserta program kohort pertama merangkumi pelbagai bidang keutamaan, termasuk pendigitalan perkhidmatan, inovasi dalam sistem kesihatan, pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan dasar sosial dan pemulihan, pengukuhan penguatkuasaan pensijilan halal, transformasi perkhidmatan awam berpusatkan rakyat, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan penjawat awam. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan agensi-agensi kerajaan dalam meningkatkan kecekapan, mengadaptasi amalan terbaik dan memberi manfaat kepada rakyat.

VI. Dari segi perkembangan kerjaya lepasan program, mereka ini terdiri daripada pegawai-pegawai dalam Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) yang sememangnya telah dikenal pasti berpotensi untuk menjadi pemimpin dalam Perkhidmatan Awam. Program ini merupakan salah satu inisiatif strategik yang dirangka bagi memperkukuh kompetensi kepimpinan dan memperluas perspektif global pegawai-pegawai dalam CSLP sebagai salah satu usaha pembelajaran dan pembangunan mereka, untuk persediaan mereka ke arah peranan yang lebih tinggi dan berimpak dalam Perkhidmatan Awam.

Sekian saja yang dapat Kaola sampaikan. Terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.