Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT060
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan adakah bayaran akan dikenakan ke atas kenderaan luar negara memandangkan kos penyelenggaraan rutin Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mencecah BND300,000 dan BND50,000 setahun? Ini adalah untuk menyokong kelestarian fiskal, menampung kos penyelenggaraan, dan memperkukuh keterhubungan serantau secara mampan.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam atas persoalan mengenai sama ada bayaran akan dikenakan ke atas kenderaan luar negara yang menggunakan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Pada masa ini bayaran yang dikenakan kepada kenderaan luar negara adalah melalui Exit and Entry System (EES) yang dikawal oleh Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sekian sahaja yang Kaola dapat sampaikan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam. Sekian Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.