Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT077
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah kerangka-kerja strategik bagi memperluaskan, memajukan serta menaiktaraf premis dan aktiviti perniagaan dan perusahaan di persekitaran Pekan Tutong dan Pekan Kuala Belait supaya lebih teratur serta vibrant ke arah green ekosistem yang kondusif?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Seiring dengan aspirasi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memperkasa pembangunan bandar dan komuniti yang progresif, teratur serta kondusif kepada pertumbuhan ekonomi setempat, berbagai pendekatan strategik sedang, telah dan akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Jabatan Bandaran Tutong.
Bagi kawasan perbandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria memberi fokus kepada kerja-kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan perniagaan melalui kontrak penyelenggaraan fasiliti bagi tempoh tiga tahun. Antara premis yang terlibat termasuk:
- Gerai Kompleks Sri Selera Seria & Gerai Pasarneka Kuala Belait, bagi tempoh bermula 01 Oktober 2022 sehingga 30 September 2025
- Pasarneka Seria, Jalan Lorong 3 Selatan Seria & Pasarneka Kuala Belait, Jalan Pasarneka Kuala Belait bagi tempoh bermula 01 Disember 2023 sehingga 30 November 2026
Turut dilaksanakan adalah projek one-off yang termasuk penggantian struktur khemah di Gerai Taman Persiaran, menaiktaraf Gerai Tudong Saji dan Gerai Bunga Simpur, serta kerja-kerja pembaikan dan mengecat beberapa premis seperti Pasar lama Kuala Belait dan Bangunan Kerajaan Kuala Belait dalam Tahun Kewangan 2024/2025 dan 2025/2026.
Ke arah memperkasa lagi aktiviti ekonomi setempat, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria juga menganjurkan dan menyokong aktiviti perniagaan bermusim seperti Gerai Perayaan, Gerai Ramadhan, dan Program KBKu Ceria. Jabatan juga bekerjasama dengan Jabatan Daerah Belait dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dalam merancang dan melaksanakan aktiviti perekonomian yang melibatkan penyertaan komuniti tempatan di kawasan perbandaran.
Bagi kawasan perbandaran Pekan Tutong pula, Jabatan Bandaran Tutong telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik antaranya seperti berikut:
-
Mengadakan Kempen Kebersihan Bersepadu yang melibatkan warga perbandaran Tutong khususnya dengan penglibatan aktif pemilik premis bangunan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran perniagaan. Kempen ini juga bertujuan untuk memupuk budaya kebersihan yang berterusan dan memperbaiki imej perniagaan di mata pengunjung serta mewujudkan suasana perniagaan yang lebih selesa, teratur dan menarik. Usaha ini secara langsung menjadikan kawasan perniagaan lebih vibrant di samping mendorong para pemilik bangunan agar lebih bertanggungjawab dalam menyelenggara premis mereka sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan aktiviti perniagaan secara mampan.
-
Kerjasama strategik dengan agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam menaiktaraf dan menyelenggara infrastruktur di kawasan perbandaran Tutong menjadikan kepentingan dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan terutama di kawasan perniagaan. Ini termasuk penglibatan Jabatan Kerja Raya dalam aspek pembaikan jalan, peningkatan sistem saliran dan penyediaan kemudahan awam yang lebih sistematik. Dalam masa yang sama kerjasama erat bersama agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, JASTRE dan ABCi dalam memainkan peranan masing-masing bagi mewujudkan kawasan perniagaan yang lebih vibrant, mesra pengguna dan berdaya tahan.
-
Kerja-kerja menaiktaraf secara berterusan aset-aset perniagaan Jabatan Bandaran Tutong termasuk Gerai Selera Tutong, Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong serta Pasar Malam Pekan Tutong sedang dan akan terus dilaksanakan.
-
Antara penambahbaikan yang dirancang dan telah dilaksanakan termasuk:
- Penanaman pokok di sekitar aset-aset perniagaan.
- Pemasangan beberapa solar light.
- Pemasangan ventilation yang menggunakan tenaga angin di bahagian atap pondok salaian.
- Penyediaan pondok rehat yang dihiasi dengan berkonsepkan kehijauan.
- Penyediaan tong sampah kitar semula.
-
Memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana melalui penyediaan ruang perniagaan bermusim dengan mengadakan aktiviti keceriaan Pekan Tutong yang melibatkan aktiviti perniagaan di kawasan persekitaran bandar dengan bertujuan untuk mewujudkan suasana yang lebih meriah, kondusif dan menarik bagi pengunjung serta penduduk tempatan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan seperti TutongKu Ceria, Tutong Buzz, Pesta Satay, Perayaan Pekan Tutong, dan La' Kanon Pekan Tutong.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.