Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT044
SOALAN
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah migrasi keluar dan masuk Negara Brunei Darussalam dan tahun 2021 hingga 2024 yang dikategorikan mengikut sebab seperti pekerjaan, pendidikan dan kesihatan? Apakah corak utama yang dikenal pasti yang boleh memberi implikasi terhadap perancangan dasar negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menggunakan Border Management System (BMS) untuk merekodkan data keluar masuk melalui Pos-Pos Kawalan Imigresen Negara Brunei Darussalam. Perangkaan warganegara Brunei Darussalam dan warga asing yang keluar dan masuk melalui Pos-Pos Kawalan Imigresen bagi tempoh empat (4) tahun dari tahun 2021 sehingga Julai 2025 adalah seperti berikut:
| Tahun | Keluar Warganegara Brunei | Keluar Warga Asing | Keluar Jumlah | Masuk Warganegara Brunei | Masuk Warga Asing | Masuk Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 2021 | 10,949 | 139,795 | 150,744 | 10,225 | 124,048 | 134,273 |
| 2022 | 565,524 | 766,137 | 1,331,661 | 501,748 | 779,205 | 1,280,853 |
| 2023 | 2,402,550 | 2,333,198 | 4,735,848 | 2,109,665 | 2,393,672 | 4,503,337 |
| 2024 | 2,688,357 | 2,651,150 | 5,339,507 | 2,483,592 | 2,738,170 | 5,221,762 |
| 2025 (Jan-Julai) | 1,401,876 | 1,594,128 | 2,996,004 | 1,212,730 | 1,644,870 | 2,857,600 |
Berkenaan dengan tujuan warga asing masuk ke Negara Brunei Darussalam, dikongsikan perangkaan jumlah warga asing yang dikeluarkan Pas Penuntut dan Pas Kerja (permohonan baru) bagi tahun 2021 hingga 2024 seperti berikut:
| Jenis Pas | 2021 | 2022 | 2023 | 2024 |
|---|---|---|---|---|
| Amah | 1,520 | 6,271 | 4,164 | 3,183 |
| Kerajaan | 6 | 232 | 156 | 128 |
| Pelajar | 1,602 | 2,676 | 3,540 | 2,436 |
| Syarikat | 3,548 | 22,610 | 27,999 | 23,470 |
| Jumlah | 6,676 | 31,789 | 35,859 | 29,217 |
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan tidak merekodkan maklumat warga asing yang masuk ke Negara Brunei Darussalam bagi tujuan kesihatan atau perubatan kerana kemasukkan mereka lazimnya direkodkan sebagai pelawat biasa dan dikeluarkan Pas Lawatan semasa tiba di Pos-Pos Kawalan Imigresen.
Manakala itu, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan tidak merekodkan maklumat warganegara Brunei Darussalam dan warganegara asing yang keluar meninggalkan Negara Brunei Darussalam di dalam BMS berasaskan tujuan kerana data keluar hanya direkodkan sebagai keluar (depart) sahaja.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.