Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT052
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mewujudkan satu ekosistem pertanian negara yang boleh berdikari dalam tempoh 10 tahun akan datang, termasuk dari segi benih, baja, buruh mahir, logistik dan pasaran, agar sekuriti makanan negara benar-benar bebas daripada tekanan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Sebagai langkah memastikan keterjaminan sekuriti makanan negara, beberapa langkah telah dan sedang dilaksanakan, ini termasuk:
- Kementerian melalui jabatan-jabatan di bawahnya, melaksanakan pemantauan ke atas kategori makanan utama yang menjadi komoditi fokus industri. Bagi komoditi seperti ayam, telur dan daging lembu, pemantauan dilakukan secara suku tahunan bagi menilai tahap kecukupan dan ketersediaan di pasar raya serta kedai runcit, termasuk unjuran bagi bulan-bulan akan datang. Usaha ini bukan sahaja menyokong strategi keterjaminan makanan, malah membolehkan potensi gangguan dalam rantaian bekalan dikenal pasti dan ditangani lebih awal.
- Mengukuhkan semua rantaian perusahaan dari peringkat pengeluaran benih seperti anak ayam, anak ikan dan juga biji benih tanaman hingga peringkat pengeluaran ayam, ikan, padi, sayuran dan seterusnya peringkat pemprosesan. Inisiatif pengukuhan ini memastikan bahawa negara ini tidak terlalu bergantung kepada import bagi parent stocks ayam, broodstocks ikan, serta biji benih padi dan sayur.
- Melaksanakan Export Drive Initiative bagi menggalakkan perusahaan makanan di negara ini meningkatkan pengeluaran mereka bukan sahaja untuk pasaran domestik malah juga pasaran eksport. Jika banyak perusahaan di negara ini berjaya menembusi pasaran eksport, akan menjadikan negara bukan sahaja mencapai status self sufficiency malah menjadi Net Exporter makanan terutamanya downstream products.
- Mengenal pasti sumber benih yang sesuai di negara ini bagi meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran bagi setiap hektar terutamanya bagi pengeluaran beras yang mana tahap sara diri baru mencapai 8%.
- Khusus bagi beras dan daging lembu, selain daripada pengeluaran dalam negeri, kementerian juga dengan kerjasama pihak MoFE sedang meneroka peluang usahasama lain bagi meningkatkan tahap sara diri negara ini.
- Dengan kerjasama dengan pihak BEDB, mengalu-alukan pelaburan langsung asing bagi melabur projek perusahaan makanan yang meliputi semua rantaian perusahaan dari pengeluaran biji benih atau penetasan benih ayam, ikan dan udang, pembiakan hinggalah kepada pemprosesan dan pemasaran produk berkenaan.
Bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk agrimakanan yang dihasilkan oleh syarikat pemprosesan makanan tempatan, pemantauan kebersihan premis dan pensampelan produk makanan dikendalikan bagi syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.
- Pemantauan kebersihan premis dan pensampelan produk makanan dilakukan setiap bulan bagi setiap syarikat home-based dan setiap 3 bulan bagi syarikat berskala besar.
- Sampel calitan premis dianalisa oleh Makmal Veterinar Terunjing, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, manakala sampel produk makanan dianalisa oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan, bagi analisa mikrobiologi.
Menyedari bahawa Food Security ini bukanlah saja tanggung jawab pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama malah tanggung jawab berbagai pihak, sama ada dari pihak Kerajaan, pihak swasta dan juga pihak pengusaha individu sendiri. Ini memerlukan a whole nation approach bagi menjayakan usaha ini. Kementerian ini akan diteruskan bekerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan dalam mencapai hasrat food security bagi Negara Brunei Darussalam.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.