Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT043

SOALAN

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perbezaan kadar capaian perkhidmatan kesihatan asas seperti pemeriksaan NCD, rawatan susulan, dan kesihatan mental antara kawasan bandar dan luar bandar dalam tempoh lima tahun kebelakangan, dan apakah intervensi khusus yang sedang dirancang untuk merapatkan jurang perkhidmatan ini?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan bahawa semua penduduk, tanpa mengira lokasi geografi, mendapat akses yang saksama kepada perkhidmatan kesihatan asas. Penambahbaikan infrastruktur jalan menjadikan perjalanan ke fasiliti kerajaan lebih mudah sekarang dari dulu. Secara dasarnya, tiada perbezaan ketara dari segi kadar capaian perkhidmatan kesihatan asas, termasuk pemeriksaan penyakit tidak berjangkit (NCD), rawatan susulan, dan perkhidmatan kesihatan mental, antara kawasan bandar dan luar bandar.

Beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan untuk menjamin capaian yang menyeluruh, antaranya:

  • Pertama: Flying Medical Services

    Kementerian telah lama menggunakan pendekatan perkhidmatan perubatan melalui udara, khususnya bagi kawasan pedalaman yang sukar diakses. Pasukan kesihatan akan dihantar ke kawasan seperti Kampung Sukang, dan kawasan terpencil lain secara berkala untuk menyediakan perkhidmatan rawatan asas, saringan kesihatan, vaksinasi, dan rujukan ke hospital jika perlu.

  • Kedua: Program Saringan dan Intervensi Komuniti

    Program saringan penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, dan kolesterol dijalankan secara berkala di seluruh negara termasuk di mukim luar bandar.

  • Ketiga: Digitalisasi dan pengembangan aplikasi BruHealth

    Penggunaan aplikasi BruHealth telah membuka lebih banyak akses kepada maklumat kesihatan, temu janji perubatan, dan konsultasi maya. Pendekatan ini membantu menjangkau masyarakat luar bandar yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi logistik untuk berjumpa doktor secara fizikal.

  • Keempat: Inisiatif Outreach dan Kerjasama Komuniti

    Kementerian turut melaksanakan program outreach dan pendidikan kesihatan secara langsung ke sekolah-sekolah, balai raya, dan pusat komuniti luar bandar bagi meningkatkan kesedaran dan literasi kesihatan.

  • Kelima: Pemerkasaan Perkhidmatan Kesihatan Mental

    Perkhidmatan kesihatan mental turut diperluaskan melalui inisiatif seperti Talian Harapan 145 serta pelaksanaan aktiviti seperti kesedaran kesihatan mental di sekolah-sekolah, yang bertujuan untuk mengurangkan stigma dan menggalakkan masyarakat mendapatkan sokongan psikososial pada peringkat awal.

Kementerian akan terus menilai dan memperbaiki strategi penyampaian perkhidmatan kesihatan agar jurang kesihatan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan dengan berkesan, selaras dengan prinsip kesaksamaan dalam penjagaan kesihatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.