Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT063
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah hala tuju strategik Program Ri’ayah Wa Mahabbah (PRWM) dalam usaha meningkatkan pencapaian mampan pelajar-pelajar kurang berkemampuan? Adakah Kementerian telah melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap impak program ini sejak ia bermula pada 2014 untuk mengenal pasti kelemahan serta menambah baik pelaksanaan dan keberkesanannya. Apakah hasil penilaian tersebut (jika berkenaan)?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam atas soalan yang diajukan.
Program Ri’ayah Wa Mahabbah (PRWM) dilaksanakan bukan hanya khusus untuk mensasarkan peningkatan peratus pencapaian pelajar memperolehi gred A-C dalam Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR), malah turut bertujuan memberikan akses pendidikan yang saksama khusus kepada pelajar dikalangan keluarga berpendapatan rendah serta mereka yang menghadapi isu kehadiran ke sekolah. Di antara objektif strategik program ini adalah:
- Memberikan kemudahan tempat tinggal bagi murid-murid yang menghadapi masalah kehadiran kurang dari 85%;
- Memberikan kemudahan asrama dan kenderaan bagi menangani masalah sosial dan isu kehadiran;
- Memastikan murid-murid berkenaan tidak ketinggalan dari segi pembelajaran atau tercicir daripada alam persekolahan; dan
- Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memastikan pertumbuhan sosial dan perkembangan akademik yang positif.
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah sentiasa melaksanakan penilaian secara berterusan terhadap perlaksanaan program ini bagi tujuan pemantauan dan penambahbaikan program untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Dari hasil penilaian, secara umum terdapat peningkatan dalam kadar kehadiran ke sekolah, pengukuhan asas keagamaan melalui aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, tazkirah dan bacaan Surah Yasin, peningkatan keupayaan pelajar dalam aspek pengurusan diri dan kebersihan.
Alhamdulillah, dari aspek akademik pula, memang terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar memperolehi gred A-C dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) sejak program ini mula diperkenalkan, iaitu dari 12.94% pada tahun 2014 kepada 33.33% pada tahun 2024. Di samping itu, terdapat juga pelajar program ini yang telah dianugerahkan biasiswa BIBD Bursari.
InsyaAllah, Kementerian Pendidikan akan terus menilai dan memantau keberkesanan program ini, serta melaksanakan penambahbaikan dalam memastikan penyediaan prasarana pembelajaran yang pro-akademik dan mampan, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik, kesejahteraan dan pembangunan sahsiah pelajar.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.