Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT085

SOALAN

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah statistik warga penduduk tetap kad warna ungu yang mengambil kesempatan atas perkhidmatan perubatan percuma sebelum ini? Mengapakah caj perkhidmatan dikenakan juga kepada yang sudah lama berkahwin dan menyumbang kepada ekonomi negara, bukannya hanya kepada mereka yang memanipulasi sistem?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan mengambil maklum akan pertanyaan Yang Berhormat mengenai statistik warga penduduk tetap yang memegang Kad Pengenalan Warna Ungu (Kad Ungu) berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan perubatan percuma sebelum ini, serta rasional di sebalik pengenaan caj perkhidmatan kepada semua kategori pemegang Kad Ungu, termasuk mereka yang telah lama menetap dan berkahwin dengan warganegara Brunei.

Untuk makluman, statistik terperinci yang membezakan antara pemegang Kad Ungu yang berkahwin dengan warganegara dan yang tidak berkahwin tidak direkodkan secara spesifik dalam sistem maklumat pesakit. Oleh itu, jumlah keseluruhan yang menggunakan perkhidmatan kesihatan awam sebelum penguatkuasaan dasar terkini tidak dapat dipecahkan berdasarkan status perkahwinan atau tempoh menetap.

Pada tahun ini sahaja, anggaran lebih dari tiga belas ribu (13,000) pemegang kad pengenalan ungu dan lebih daripada empat ribu (4,000) kad pengenalan hijau menikmati perubatan percuma di negara ini.

Namun demikian, pendekatan pengenaan caj perkhidmatan kesihatan kepada semua pemegang Kad Ungu adalah berdasarkan kepada status kerakyatan, bukan status perkahwinan atau tempoh tinggal di negara ini. Ini sejajar dengan prinsip keadilan fiskal dan keperluan untuk memastikan pengurusan perbelanjaan awam yang berhemah (prudent spending), khususnya dalam peruntukan perkhidmatan kesihatan percuma kepada warganegara Brunei Darussalam.

Pihak Kementerian turut mengambil pendekatan ini sebagai salah satu langkah untuk memastikan kelestarian sistem kesihatan negara, terutamanya dengan mengambil kira peningkatan kos rawatan dan permintaan perkhidmatan kesihatan dari tahun ke tahun.

Untuk makluman juga, dasar pengenaan caj ini telah dilaksanakan secara konsisten kepada semua pemegang Kad Ungu sepanjang tahun ini, tanpa diskriminasi, selaras dengan objektif untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan sistem dan memastikan sumbangan yang adil daripada semua yang bukan warganegara, termasuk pemastautin tetap.

Kementerian tetap mengiktiraf sumbangan mereka yang telah lama menetap dan menyumbang kepada ekonomi negara, namun dalam konteks kesihatan awam dan penyediaan perkhidmatan secara adil, keutamaan tetap diberikan kepada rakyat warganegara Brunei Darussalam, selaras dengan dasar negara yang sedang berjalan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.