Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT051
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan apakah rancangan kerajaan dalam mewujudkan mekanisme pasaran jaminan hasil (price assurance mechanism) bagi produk-produk pertanian tempatan yang terdedah kepada turun naik harga mendadak, bagi menjamin kelangsungan operasi dan minat pelabur swasta?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Pihak Kementerian pada ketika ini tidak memiliki perancangan untuk mengawal kadar harga jualan, khususnya bagi hasil pertanian. Namun demikian, Kementerian ini sentiasa melaksanakan pemantauan secara aktif terhadap harga jualan hasil pertanian di pasaraya tempatan. Pemantauan ini bertujuan untuk mengumpul data bagi memahami keadaan semasa harga pasaran. Maklumat harga tersebut juga digunakan sebagai rujukan dalam membuat anggaran nilai hasil pertanian pada tempoh tertentu.
Sehubungan ini, pihak Kementerian dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga akan terus melaksanakan pemantauan bagi tren pengimportan produk-produk pertanian, khususnya yang dikenalpasti boleh dihasilkan di Negara Brunei Darussalam dan berpotensi mengimbangi import, bagi memastikan impak bekalan produk-produk tersebut kepada pasaran Negara Brunei Darussalam adalah terkawal dan stabil.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.