Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT066

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan bagaimanakah Kementerian memanfaatkan peranan daie dalam menangani isu sosial seperti LGBT, anak luar nikah dan pengabaian warga emas melalui pendekatan "Street Dakwah"? Sejauh mana keberkesanan program Dakwah Academy 5.0 dalam memperkasa daie agar lebih dekat dengan komuniti dan peka terhadap isu semasa?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Alhamdulillah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Da'wah Islamiah tidak bersendirian dalam menangani isu-isu sosial ini iaitu dengan membuat kerjasama dengan pihak lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Penjara, Biro Kawalan Narkotik, Persatuan Pemedulian Sokongan Selepas Penjagaan (Aftercare Support System - AFSA), Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA).

Pelaksanaan program secara berkolaborasi melalui Pusat Da'wah Islamiah bersama pihak-pihak atau agensi-agensi yang berkepentingan adalah mendokong inisiatif Kerajaan melalui pendekatan senegara (Whole of Nation Approach) bagi memastikan isu-isu sosial pada masa ini turut ditangani melalui pendekatan kerohanian yang bersesuaian yang menyasarkan kepada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak melalui program-program yang berstruktur dan terancang seperti Program Makarimul Insan, Program Usrah, Tazkirah, ceramah, Program Qalbun Salim, Program GINIS (Generasi, Insan, Nasionalisme, Intelektual dan Stabil), Program SINAR (Stabiliti, Integriti, Nasionalisme, Akauntabiliti dan Rohani) dan lain-lain lagi.

Di samping itu, pengawalan dan pemantauan juga dilaksanakan melalui bahan-bahan bercetak dalam memastikan kandungan bahan tersebut adalah menepati hukum syara' dan bersesuaian dengan pendekatan amalan-amalan beragama dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Mengenai Program Akademi Da'wah 5.0, ia merupakan salah satu program di bawah Program Keugamaan Belia, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Belia Daie. Ia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam meraikan keinginan para belia yang bersemangat untuk mendalami ilmu-ilmu ugama dan sama-sama berperanan dalam menyebarkan dakwah Islam dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan diberikan bimbingan-bimbingan tertentu.

Melalui Akademi Da'wah ini, para peserta diberikan pendedahan kepada siri pengajian, bimbingan dan latihan intensif yang memperkukuh ilmu keugamaan, membentuk keimanan, memperhalusi akhlak dan memantapkan kemahiran dakwah yang sesuai dengan keperluan masa kini. Dalam pada itu, para peserta juga telah diberikan bimbingan melalui modul program yang berstruktur meliputi enam (06) standard utama iaitu: Kefahaman dan hafalan Surah Pilihan, Kefahaman dan hafalan Hadith Arbain (40), Tarbiyah Da'ie Harian, Latihan Pengucapan Umum, Kepimpinan dan kerjasama berkumpulan dan Projek Khidmat Masyarakat.

Alhamdulillah setakat ini, program Akademi Da'wah ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam melahirkan pendakwah muda yang dapat meneruskan kegiatan dakwah selaras dengan fahaman dan amalan berugama yang diajarkan di sekolah-sekolah ugama serta institusi pengajian Islam seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, dengan kepelbagaian latar belakang peserta yang antaranya mengikuti pengajian tinggi di bidang umum telah memberikan nilai tambah kepada usaha-usaha dakwah dalam mengembangkan lagi kefahaman berkaitan ugama Islam dan secara langsung menyuburkan penghayatan hidup berugama melalui amalan-amalan berugama yang telah menjadi dasar dan panduan dalam kalangan masyarakat Brunei.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.