Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT076

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah perencanaan strategi dan pelan tindakan dari aspek fiskal dan dasar monetari untuk memperluaskan skop pendapatan negara dalam menangani isu dan cabaran defisit fiskal yang dialami, tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Kerajaan Negara Brunei Darussalam terus memberi perhatian tinggi dan mengambil serius isu defisit fiskal yang telah berterusan sehingga kini.

Sepertimana yang pernah kaola kongsikan sebelum ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang giat melaksanakan inisiatif Fiscal Consolidation Programme (FCP) bertujuan untuk menstruktur semula hasil pendapatan dan perbelanjaan negara dalam memastikan perbelanjaan negara akan dapat berada ke tahap yang mampan (sustainable).

Oleh itu, pihak Kerajaan terus berusaha untuk memperluas dan mempelbagaikan sumber hasil negara. Ini termasuk antaralainnya melalui:

  • Penilaian semula struktur yuran dan caj perkhidmatan, agar lebih mencerminkan kos sebenar penyampaian perkhidmatan tanpa membebankan golongan-golongan berpendapatan rendah.

Berkenaan ini, pihak Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan telahpun dinasihatkan untuk sentiasa meneliti kadar-kadar perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini bagi memastikan samada ianya masih lagi relevan atau perlu dikemaskini, termasuk juga untuk memperkenalkan caj-caj baru yang bersesuaian;

  • Permodenan sistem kutipan hasil dan percukaian, termasuk penambahbaikan pematuhan dan pengurangan ketirisan. Inisiatif bagi mempermodenkan dasar cukai yang sedia ada dengan menambahbaik pentadbiran perundangan cukai serta menyemak semula insentif-insentif percukaian dan kadar-kadar cukai yang sedia ada juga diberi perhatian dan dalam penelitian bagi mengurangkan loopholes yang menjurus kepada pengelakan cukai (tax evasion) dan ketirisan hasil; dan

  • Untuk menangani pembayaran tertunggak, kerajaan telah memperkenalkan smart meter untuk elektrik dan air serta mengkaji semula caj-caj perkhidmatan dan subsidi-subsidi lain yang diberikan.

Namun begitu, sebarang pengemaskinian dasar berkaitan cukai atau caj perkhidmatan, perlulah dilakukan secara berhati-hati dan seimbang dengan tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Kerajaan juga akan meningkatkan usaha bagi memastikan dasar-dasar yang diperkenalkan akan dapat dipertimbangkan untuk perlaksanaan secara berperingkat supaya tidak akan memberi kesan yang negatif kepada kuasa beli rakyat dan tidak meningkatkan kos sara hidup secara mendadak serta tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi domestik.

Dari segi perbelanjaan juga, Kerajaan akan sentiasa komited untuk memastikan perbelanjaan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan yang telah diberikan dan mengikut keperluan. Langkah-langkah lain juga turut diambil, seperti meneroka kaedah pengkorporatan dan Public Private Partnership (PPP) bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan kerajaan di samping meningkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Sekian Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.