Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT094
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan apakah pelan Kementerian untuk berkongsi draf Rancangan Induk Pengangkutan Darat secara terbuka agar Kementerian lain, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan dapat memberikan input serta bersedia untuk pembinaan infrastruktur, penyesuaian guna tanah dan integrasi sistem semasa?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin di atas soalan mengenai perkongsian Rancangan Induk Pengangkutan Darat secara terbuka.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pelan Induk Pengangkutan Darat (Land Transport Master Plan, LTMP) yang sedia ada adalah masih sah dan boleh diperolehi melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, melalui pautan https://www.mtic.gov.bn/sitepages/digital-library.aspx.
Walaupun secara amnya, objektif strategik dan cadangan umum dokumen tersebut kekal relevan, pihak Kementerian ini telah menyemak dan mengemaskini Rangka Tindakan sebagai asas projek dan inisiatif kepada enam (6) bidang berikut:
- Meningkatkan kesalinghubungan;
- Meningkatkan kebolehpercayaan;
- Melabur dalam infrastruktur;
- Memanfaatkan teknologi;
- Memperbaharui struktur industri; dan
- Mengukuhkan tadbir urus Pengangkutan Awam.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Pandu Meningkatkan Sistem Pengangkutan Awam yang memang wujud adalah terdiri daripada Setiausaha-Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Pejabat Peguam Negara.
Jawatankuasa Pandu tersebut berperanan sebagai platform utama untuk membincangkan hala tuju strategik, mengenal pasti keutamaan tindakan, serta memastikan penyelarasan antara agensi-agensi berkepentingan. Melalui platform ini, proses perancangan dan pembangunan Pelan Induk Pengangkutan Darat (LTMP) adalah dilakukan secara telus dan inklusif.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.