Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT048

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam menstabilkan dan mengemaskini sistem PSCR, memandangkan sistem tersebut sering mengalami gangguan dan tidak dikemaskini, sekali gus menyukarkan pencari kerja dalam sektor kerajaan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan di atas pertanyaan mengenai tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam menstabilkan dan mengemaskini sistem PSCR 2.0.

II. Tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam menstabilkan dan mengemaskini sistem PSCR 2.0 adalah penting untuk memastikan sistem tersebut dapat berfungsi dengan lancar dan efisien bagi kegunaan para pencari kerja. Semenjak PSCR dilancarkan pada 7 September 2021, sistem berkenaan hanya pernah mengalami gangguan sebanyak sekali yang mana telah menyebabkan sistem PSCR untuk mengalami downtime bermula 17 April 2025 sehingga 8 Jun 2025. Ianya disebabkan oleh gangguan di luar kawalan pihak Pejabat SPA dan telah ditangani dengan kerjasama pihak Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC). Sepertimana jua penyelenggaraan sistem-sistem lain, penyelenggaraan sistem PSCR 2.0 dilaksanakan secara berkala dan berancang yang menyebabkan sistem tidak dapat diakses dalam tempoh berkenaan. Walau bagaimanapun, ianya hanya dilakukan sekali atau dua kali sahaja dalam sebulan dan dilaksanakan di luar waktu puncak (outside peak hours).

III. Bagi mengelakkan gangguan sistem kepada sistem PSCR, SPA sentiasa berusaha untuk memastikan kestabilan dan pengemaskinian sistem PSCR 2.0 melalui beberapa tindakan secara berterusan seperti berikut:

  1. Pemantauan sistem secara proaktif: Pejabat SPA bekerjasama dengan pihak Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) untuk sentiasa membuat pemantauan kepada sistem PSCR 2.0 bagi memastikan sistem tersebut stabil dan berjalan seperti yang dikehendaki. Pemantauan tersebut termasuk dari segi Perisian Sistem PSCR 2.0, Perisian Server dan Keselamatan Siber Sistem PSCR 2.0 yang mana audit keselamatan dan Ujian Penembusan (penetration test) dibantu oleh pihak EGNC.

  2. Penyelenggaraan Berkala dan Berjadual: Penyelenggaraan berkala dan berjadual dilaksanakan di luar waktu sibuk bagi memastikan tidak ada gangguan di sepanjang penyelenggaraan dibuat termasuk mengemaskini sistem PSCR 2.0. Penyelenggaraan berjadual secara purata hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit, manakala penyelenggaraan yang tidak berjadual lazimnya tidak akan mengambil masa lebih daripada sehari.

  3. Penyelesaian masalah dengan cepat: Pejabat SPA komited untuk menangani sebarang isu berkaitan Sistem PSCR 2.0 dengan segera dan berkesan. Sebarang isu kecil seperti keralatan atau masalah muat naik lazimnya dapat diselesaikan dalam tempoh kurang daripada satu hari bekerja, dan tidaklah menjejaskan keseluruhan operasi sistem. Jika terdapat isu yang lebih kompleks, Pejabat SPA akan memberikan keutamaan dan tumpuan penuh sehingga penyelesaian dapat dicapai sepenuhnya dengan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan seperti EGNC, dengan memastikan operasi sistem kekal berjalan dengan lancar.

  4. Dalam masa yang sama, bagi membantu pengguna PSCR dan sebagai usaha meningkatkan kecekapan PSCR, SPA melaksanakan tindakan-tindakan berikut:

4.1. Khidmat Bantu bagi Pengguna: Bagi pengguna PSCR 2.0 yang menghadapi kesukaran dalam mengakses atau menggunakan sistem tersebut, Pejabat SPA menyediakan saluran komunikasi rasmi melalui Unit Perhubungan Awam. Pengguna boleh menghubungi talian bantuan WhatsApp di +673 7371961 atau emel rasmi di query@spa.gov.bn bagi tujuan pertanyaan, aduan, atau pemakluman isu teknikal.

4.2. Kajian mengenai teknologi terkini: Pejabat SPA sentiasa meneliti dan menilai perkembangan teknologi semasa yang berpotensi meningkatkan kecekapan dan keupayaan Sistem PSCR 2.0. Ini termasuk penerokaan terhadap penggunaan AI, automasi proses, serta integrasi sistem dengan platform digital Kerajaan yang lain. Usaha ini bertujuan untuk memastikan PSCR 2.0 kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan, di samping meningkatkan pengalaman pengguna, mempercepat proses pengambilan, serta memastikan ketelusan dan kebolehkesanan sistem secara menyeluruh.

IV. Pejabat SPA tetap komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna dengan memperkukuh kerjasama bersama pakar, khususnya EGNC, serta memperkasa keupayaan dalaman SPA seperti memberkesankan fungsi Unit Teknologi Maklumat.

Sekian saja yang dapat Kaola sampaikan. Terima kasih.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.