Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT065
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan bagaimanakah DARe dapat menilai impak sebenar inisiatif Bruneian Made Shelf terhadap pertumbuhan dan kelestarian Micro, Small, and Medium Enterprises (MSMEs)? Ini memandangkan tiada sistem pemantauan yang jelas. Adakah DARe bercadang mewajibkan penyertaan semua pasar raya dan melaksanakan mekanisme penilaian impak secara menyeluruh?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) telah melaksanakan sistem pemantauan berstruktur bagi menilai impak dan prestasi inisiatif Bruneian Made, yang bertujuan menyokong pertumbuhan dan kelestarian perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) tempatan. Pemantauan ini merangkumi aspek jualan secara menyeluruh dan juga keberkesanan penyertaan ekspo.
PEMANTAUAN PRESTASI DI BRUNEIAN MADE HUB
BEDB menilai prestasi jualan di Bruneian Made Hub melalui data yang diperolehi dari sistem Point-of-Sale yang membolehkan pemantauan bulanan terhadap jualan setiap produk, analisis trend, serta pengurusan inventori secara langsung.
Pengurusan operasi harian Bruneian Made Hub dikendalikan oleh pengendali kedai (store operator) yang dilantik, yang turut menjalinkan kerjasama rapat dengan BEDB dalam perkara berikut:
- Menganalisis tingkah laku pengguna dan prestasi produk,
- Mengurus stok dan aktiviti pengisian semula (replenishment),
- Memberi maklum balas pasaran bagi penambahbaikan strategi vendor.
Gabungan fungsi data Point-of-Sale dan maklum balas dari pengendali dapat membantu BEDB melaksanakan pemantauan berasaskan bukti dalam menentukan bentuk sokongan bersesuaian untuk MSME.
PENILAIAN PRESTASI DI BRUNEIAN MADE SHELVES (PASAR RAYA)
Bagi produk yang dijual melalui Bruneian Made Shelves di pasar raya yang mengambil bahagian:
- Laporan jualan bulanan dikemukakan oleh MSME kepada BEDB,
- Pasar raya turut memberikan maklum balas berkaitan aktiviti pengisian semula (replenishment) produk, yang menjadi petunjuk penting terhadap permintaan pasaran (market demand).
Maklumat ini digunakan untuk mengenal pasti produk berpotensi tinggi, serta menentukan strategi promosi dan pengedaran yang lebih bersasar.
PENILAIAN KEBERKESANAN PENYERTAAN EKSPO
MSME yang mengambil bahagian dalam ekspo, sama ada di dalam mahupun di luar negara, dimestikan untuk mengemukakan laporan jualan pasca-ekspo. Ini membolehkan BEDB:
- Menilai tahap sambutan terhadap produk tempatan di pelbagai pasaran,
- Menjejaki hasil susulan seperti tempahan, kolaborasi, atau peluang eksport,
- Memantau pulangan pelaburan dan keberkesanan program penyertaan.
Sebagai sebahagian daripada pemantauan indikator prestasi utama (KPI), BEDB juga mengumpulkan data secara berkala meliputi:
- bilangan vendor baharu dan vendor aktif di bawah Bruneian Made, jumlah produk yang tersenarai dan tersedia untuk pasaran,
- vendor yang menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless), termasuk semasa penyertaan dalam Bruneian Made Hub dan ekspo.
Indikator ini digunakan untuk menilai skala pertumbuhan program, serta tahap kesediaan digital MSME dalam menyertai ekosistem peruncitan moden.
Melalui pendekatan pemantauan berasaskan data yang melibatkan pelbagai saluran dan KPI yang jelas, BEDB dapat memastikan inisiatif Bruneian Made terus kekal relevan, responsif terhadap keperluan pasaran, serta berimpak tinggi dalam memacu pertumbuhan produk tempatan dan memperkukuh daya saing MSME.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.