Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PT056
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah pihak RTB dapat memberi ‘air time’ yang cukup untuk membuat liputan isu-isu ekonomi dengan banyak menumpukan kepada berita-berita mengenai projek-projek kerajaan yang sudah, sedang dan akan berjalan agar rakyat dapat mengetahui sejauh mana perancangan dan projek-projek di bawah Wawasan Brunei 2035 mencapai sasaran.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
I. Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, mengenai soalan Yang Berhormat, iaitu sama ada RTB dapat memberikan air time yang mencukupi untuk membuat liputan isu-isu ekonomi.
II. Setakat ini tidak ada air time yang dijadualkan secara terancang bagi program-program yang meliputi isu-isu ekonomi yang mengetengahkan projek-projek di bawah Wawasan Brunei 2035.
III. Walau bagaimanapun, RTB mempunyai program-program TV and radio yang mengetengahkan elemen-elemen ekonomi, seperti berikut:-
- Sebanyak 45% bahan berita dalam tempoh satu minggu adalah mengenai ekonomi, berbanding 30% bahan adalah mengenai ugama, manakala selebihnya 25% adalah mengenai liputan acara-acara kenegaraan, berita serantau dan antarabangsa serta sukan.
- Berita Ekonomi merupakan segmen khas yang menampilkan isu-isu dan perkembangan terkini berkaitan ekonomi, termasuk laporan pasaran, kegiatan perniagaan tempatan dan antarabangsa, serta dasar-dasar Kerajaan. Ini disiarkan pada setiap hari Isnin, pada jam 2.30 petang dengan durasi selama 20 minit.
- Bagi rancangan radio pula, setiap rangkaian radio daripada lima rangkaian radio yang ada menyiarkan secara purata dalam tempoh seminggu 45 minit air time maklumat berhubung ekonomi atau kewangan. Perbandingan air time dengan sektor yang lain adalah seperti di Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Jadual masa siaran (allocated air time) (jam/minggu)
| NUR ISLAM FM | NASIONAL FM | PILIHAN FM | HARMONI FM | PELANGI FM | PURATA JAM /MINGGU | PURATA MINIT/ MINGGU | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERITA | 9.8 | 14 | 10.5 | 11.9 | 9.8 | 0.83 | 50 |
| HAL EHWAL SEMASA | 1.5 | 1 | 1 | 1 | 0.25 | 1.50 | 90 |
| EKONOMI/ KEWANGAN | 0.5 | 1 | 1 | 0.25 | 1 | 0.75 | 45 |
| MOTIVASI | 3 | 1 | 0.25 | 1 | 0.5 | 0.75 | 45 |
| KEAGAMAAN | 4 | 2 | 0.25 | 1 | 0.5 | 44.00 | 2640 |
| DRAMA | 0.5 | 0.5 | 0.5 | 0.25 | - | 2.00 | 120 |
| HIBURAN | 30 | 30 | 30 | 65 | 65 | 44.00 | 2640 |
| MAJALAH | 0.5 | 1 | 1 | - | - | 0.83 | 50 |
| PENDIDIKAN | 1.5 | 2 | 1 | - | - | 1.50 | 90 |
| CERAMAH | 3 | 1 | - | - | - | 2.00 | 120 |
| DOKUMENTARI | 1 | 0.5 | - | - | - | 0.75 | 45 |
| BUAL BICARA | 5 | 1 | 0.5 | - | - | 2.17 | 130 |
| LIVE WAWANCARA | 5 | 5 | 5 | 5 | 5 | 5.00 | 300 |
| INSPIRASI | 0.5 | 1 | 0.25 | - | - | 0.58 | 35 |
| KESIHATAN | 0.5 | 0.5 | 0.25 | - | - | 0.42 | 25 |
| INFOTAINMENT | - | - | - | 25 | - | 25.00 | 1500 |
| INFO | - | 10 | 10 | - | - | 10.00 | 600 |
| KEKELUARGAAN | 1 | 1 | 0.25 | 1 | - | 0.81 | 48.75 |
| SUKAN | - | 0.5 | 0.25 | 1 | 0.5 | 0.56 | 33.75 |
| JUMLAH AIRTIME ALLOCATED | 67.3 | 73 | 62 | 112.4 | 82.55 |
Nota: Jumlah jam siaran tidak termasuk siaran ulangan di rangkaian Nur Islam FM, Pilihan FM dan Nasional FM
IV. Jabatan Radio dan Televisyen Brunei menyiarkan beberapa rancangan-rancangan radio yang bertemakan ekonomi melalui tiga saluran utama RTB Radio seperti berikut:
- Pelangi FM
- Biz914
- IBajet
- Nasional FM
- 2035 (12 episod)
- Info Daerah
- Wacana Belia
- Pilihan FM
- Wealth Wisdom Wonderland
- Financial Tips
- Biz Brunei
- ASEAN News Headlines
- 1 Community 1 Nation
- Entrepreneur Journey
V. Berkaitan dengan pembarigaan pencapaian-pencapaian Wawasan 2035, RTB juga menerbitkan rancangan TV khas bertajuk “Bual Bicara Liputan Semasa: Ke Arah Wawasan Brunei 2035”, hasil kerjasama dengan Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035. Rancangan ini mengetengahkan perkembangan, pelaksanaan, dan pencapaian Wawasan Brunei bagi tempoh 2015 hingga 2025, dan mengemukakan data dan maklumat daripada Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 dan Kementerian-kementerian serta Jabatan-jabatan pelaksana. Rancangan ini turut memuatkan pandangan masyarakat mengenai perkembangan dan pencapaian yang dikecapi dan seterusnya meningkatkan lagi kesedaran orang ramai. Ianya disiarkan sebulan sekali bermula Jun 2025 pada jam 7:20 malam, menerusi 12 episod dengan durasi 20 minit setiap satu. Siaran rakaman juga tersedia untuk tontonan semula melalui platform digital RTBGo.
VI. Kandungan dalam rancangan khas ini juga turut disesuaikan dan dimuatkan sebagai perisian produk berita TV dan radio dengan pendekatan berbeza dalam beberapa siri, tertakluk pada kandungan rancangan khas “Bual Bicara Liputan Semasa: Ke Arah Wawasan Brunei 2035”.
VII. Kesimpulannya, berpandukan kepada Jadual 1 di atas, dapatlah dirumuskan bahawa usaha perlu difokuskan kepada penambahan jumlah airtime bagi subjek ekonomi/kewangan berbanding subjek lain seperti hiburan, infotainment dan keagamaan. Namun demikian penambahan ini adalah juga tertakluk kepada kesesuaian perisian serta ketersediaan slot-slot lainnya mengambil kira keperluan serta keutamaan rancangan-rancangan yang diperlukan nanti. Setentunya, perkara ini akan memerlukan penyelarasan dan sokongan agensi-agensi yang relevan seperti Kementerian Kewangan dan Ekonomi, terutama sekali dalam membarigakan projek-projek strategik yang menjadi keutamaan Negara serta memberikan impak kepada orang awam.
Sekian saja yang dapat Kaola sampaikan. Terima kasih.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.